Assalamualaikum ...
Hai korang semua. Kejap je rasa .. Hari ni dah pun hari kedua bagi tahun 2016 . Sat sangat terasa kan? Mai dah loghat utagha dia. haha . Agak-agak nya, apa lah yang Lyssa nak merepek entri kali ni eh. Tengok dari tajuk entri , macam tahu kan ? hek !
Lama dah Lyssa tak membebel dalam belog ni . Asyik-asyik post pasal isu semasa. Lama dah tak berleter depan korang kan . Kalau macam dulu, pembaca blog ni hari-hari berdarah telinga dengar leteran Lyssa dalam belog. Lagi-lagi dalam tips blogging . Macam-macam korang baca sampai muntah pink kan ? bhaha ! Rindu leteww :P
werkkk :p
Haaa . Sudah .. Jangan nak dilayankan perangai Lyssa sewel nih . Baik korang teliti apa yang nak Lyssa sampaikan nih . wahaha . Lyssa nak cerita pasal " Satu Hari , Satu Entri!"
Ya ! Bagi tahun 2016 ni, sebagai seorang makhluk kenit yang bergelar blogger, Lyssa nak nekad kan diri untuk post sekurang-kurangnya Satu Hari , Satu Entri di blog naif bernama lyssasecret.com nih . Lyssa tahu , dulunya Lyssa lama sangat menghilang . Sampai hampir dua tahun lah blog ni tak ber-update. Alasannya : "Sebab nak fokus STUDY!" . Ceh ! Boleh pakai ke alasan tu ? haha .
Ada yang tahu, dan ada yang tak, memang Lyssa menghilangkan diri dulu..senyap tak bersuara..berkata tak ternada..ceh ayat ! Sebab Lyssa tersangatlah fokus dalam study sampai tahap Lyssa mengabaikan belog Lyssa ni selama 2 tahun. Tapi dalam setahun tu, ada laa update 2 3 4 entri . sedih dengar kan ? hm ..
Tapi, untuk tahun 2016 ni ... InsyaAllah .. Dengan izin Allah, Lyssa akan aktif balik berblog sekurang-sekurangnya 1 hari 1 entri. Harap-harap boleh lah . Update sepatah dua pun oke kan ? Kalau tak update pasal peribadi, Lyssa akan update la pasal berita isu semasa mahupun perkara-perkara yang menjadi VIRAL di negara kita, Malaysia ni . Tolong sokong Lyssa dari belakang ye ..
Ye lah .. Kadang-kadang tu, ada juga sifat malas membelenggu diri dahku ni. Manusiakan , memang tak kan pernah lari dari sifat malas walaupun sekali. bhahaha . Tapi .. tapi .. Sifat malas ni, selalu je membelenggu Lyssa berkali-kali . kahkah ! Harap iman Lyssa kuat lah nak update blog walaupun sekali :D
Sebab Lyssa nak target tahun ni, Lyssa nak kumpul PAGEVIEWS and UNIQUE VIEWS banyak-banyak . Nak jadi sampai juta-jutaan ! Boleh kah ? hihi . Alaaa . Korang kalau nak dapat PV dan UV yang banyak pun , boleh lah cuba tekadkan diri macam Lyssa ni . Cubalah update 1 hari 1 entri , walaupun korang tak de idea nak update . At least one ! One post per day.. Lepas tu, post entri korang di media sosial seperti Facebook , Facebook Page , Facebok Group Blogger, Twitter , Google+ dan etc.
Memang rugi sangat kalau siapa tak pernah nak ping entri korang kat FB. Korang tahu kan , makhluk yang guna FB sekarang ni dah mencecah 350,000,000 juta orang ? pergh . Sekali kita post, memang banyak lah trafik yang kita dapat melalui FB kan . Sumpah rugi . Uolss yang blogger ni, memang kena rajin post kat FB ke group mana-mana ke tau. Itu lah salah satu sumber trafik kita..
Jangan la, update entri lepas tu biar macam tu je ... Siapa nak baca ? Nak pulak yang tak de followers. Last-last GIVE UP dari jadi blogger sebab tak de langsung orang nak baca . EFFORT itu penting . USAHA ! USAHA dan USAHA ! Baru berjaya . Tak ingat ke pepatah melayu ada mengatakan "USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN" . Nak berjaya , kenalah usaha . aduh , korang ingat blogger-2 yang berjaya sekarang ni, diorang buka je account blogger , terus berjaya ke ? SABAR itu pun penting. dan usaha, tawakal .. lepas tu sabar . Barulah boleh berangan nak jadi Top Blogger macam diorang semua tu. Ni nak update SATU entri sehari pun malas , last2 jadi angan-angan Mat Jenin je . haha !
Haaaaa .. Kan mak tiri dah membebel . T_T Dah dah , jangan nak ambik hati sangat . Bukan nak membebel . Tapi nasihat .. Sebagai blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogger ni, ada la dalam 5 tahun macam tu , harap korang boleh lah dengar bebelan manja Lyssa ni ehh . haha ! Manjalah sangat ! . puihh ..
Ok dah . Kang makin lama korang layan entri ni , makin juling la mata korang tu . Ok Lyssa chaw dulu .. Geniteeeee ~
XOXO :*
TerimaKasihSudiBacaBebelanMakTiriNi =D
19 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Siniakhirnya baca jugak bebalan ni.. heheheh// chaiyok2.. marilah kita bersama2 naikkan pageview.. ahahhaa
wah lyssa bagusnya bagi semangat blogger! suka sangat!! apa2 pun semoga impian lyssa berjaya dan sebelum terlambat, saya nak ucap happy new year lyssa!
Take care akak :) gooodluck study ^^
semangat lyssa membuatka akk pun bersemangat juga... thanks. all the best lyssa
Asalam Lysa..wah menarik..terbaik satu entri..ada pengisian kan..selamat tahun baru 2016 happy blogging sakan..hehehe
will always support you from behind lyssa.. :)
Wah semangat tahun baru ye..tempias sampai sini..hehe^^ goodluck and happy new year lyssa ^^
lama dah lyssa x mmbebel.. nsihat yg bguna utk newbie mcm sya
In sha Allah kak PC sentiasa sokong lyssa malah semua blogger...amin...
yeah, usaha tu penting ! ahha, happy new year lyssa :D
hehehehe qila cuba lah utk semangat jgk hihihi
terkejut nampak akak singgah blog saya pagi tadi . hihi . goodluck kak ! hehe . esok dah nak masuk asrama , takdapatla join satu hari satu entri macam akak . kehkeh . spm wey this year :') can i request some tips from you for student like me ni ? hihi
The Talking Diary
hahaha ..saya masih baru lagi ,, bila baca tuh rasa bersemangat plk ., tq ya !!! doakan saiaa awaa
SUKA BACA ADIK LYSSA NI MEMBEBEL KAT BLOG..HEHE
hello there..tq fr sharing these excellent tips..tq dik =)
salam..tq sebab share pelbagai tips..boleh cuba satu-satu pasni..tq tq tq =)
itu dia semangat yang kita perlukan. hehe. PG pun sama. malas tak kesudah sudah. hahaha. hopely tahun ini dapatlah buat macam lyssa :)
chaiyok² Lyssa..semoga terus kekal semangat tu :)
good luck Lyysa,
antara misi 2016 kak sarah pun, 1 hari 1 entry.. tapi dah miss dah sehari
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon