BAYI LELAKI BARU LAHIR DITEMUI DALAM PLASTIK


BANGI - Seorang bayi lelaki ditemui di dalam plastik di atas tembok batu longkang, dipercayai baru saja dilahirkan oleh ibunya, semalam. 

Dalam penemuan pada jam 5.05 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui di Jalan 7/5G, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dengan kesan kotoran najis hitam. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willy Richard berkata, bayi itu ditemui oleh seorang lelaki yang mengayuh basikal dalam perjalanan pulang dari surau yang terdengar tangisan bayi berkenaan yang kedengaran seperti anak kucing dari arah longkang. 



"Lelaki itu turun dari basikal dan berjalan ke arah longkang itu untuk mencari punca bunyi namun tidak menemui apa-apa di dalam longkang tersebut sebelum ternampak satu plastik di atas tembok longkang yang bergerak.

"Apabila dibuka, dia terkejut menemui seorang bayi lelaki yang masih bernyawa," katanya.

Note : Hmm , Kesiannya tengok bayi comel nii .. Siapa lah manusia yang sanggup dan tergamak buang anak sampai macam tu sekali ... hmmmm ... Buat anak pandai , tapi tak reti nak jaga .. Dibuangnya lagi dalam plastik atas longkang ... =='
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
January 10, 2016 at 3:16 PM delete

Dkt bangiiiiii? Dkt sgt dgn tmpt tinggal. MasyaAllah... Tergamaknyaaaa :'(

avatar
Ana Fatihah
AUTHOR
January 10, 2016 at 4:26 PM delete

Bila manusia dah tak rasa takut untuk melakukan dosa kepada Allah. huhu

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
January 10, 2016 at 7:32 PM delete

kesian..baby tu sempurna sifatnya, dia tak bersalah. Lysa tahu tak betapa ramai pasangan di uji tak ada anak, sedang sah dengan ijab kabul. Dan tengoklah sesuka hati ja membuang darah daging..tak takut dosa ke sepanjang kehidupan dia...astagfirullah...mohon ya Allah jauhi kami dari dosa

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
January 10, 2016 at 7:36 PM delete

mujur masih hidup..Allah jaga baby ini. Allah yang bagi dia nyawa

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 10, 2016 at 8:16 PM delete

sudah matikah hati pada jasad yang masih bernyawa...

avatar
Nazihah@Jiha
AUTHOR
January 10, 2016 at 10:49 PM delete

Ya Allah...sedihnya tengok..tergamak betul lah huhuhu

avatar
yaya cendana
AUTHOR
January 11, 2016 at 11:57 AM delete

hurmm,....kita ni yang ada keinginan nak ada anak, dia yang dah dianugerahkan anak , nak pula buang.hurmm

avatar
ariefsigli
AUTHOR
January 13, 2016 at 2:56 AM delete

sungguh memprihatinkan, dunia ini semakin kejam saja :(

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers