Cantiknya Stadium Pink Qu Puteh !

Selepas merealisasikan hasratnya untuk menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman dilihat semakin teruja dengan misinya membawa perubahan besar kepada skuad The Red warriors (TRW).
Terbaru, Hasmiza berkongsi gambaran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang bakal dicat dengan warna merah jambu seperti diidamkannya.

"Doakan semoga saya dapat realisasikan signature of Kelantan, Pamoga Qu Puteh - The Red Warriors," tulis beliau pada kapsyen gambar tersebut, malam tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya bersetuju dengan tajaan dan syarat diletakkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu untuk menjadi penaja Kelantan.
Hasmiza sebelum ini meletakkan dua syarat kepada Kafa iaitu menukar warna stadium dengan merah jambu dan nama pasukan didahului dengan perkataan "Pamoga Qu Puteh".
Bagaimanapun, selain dua syarat tersebut Hasmiza turut mengemukakan 33 lagi syarat tambahan kepada Kafa dan ia dipersetujui bersama selepas kedua-dua pihak berbincang.
"Semoga impian dan usaha ini bakal menyemarakkan semangat untuk melihat aksi pemain dan berpesta Sekeluarga.
"Sihat, cantik, Pamoga Qu Puteh di Stadium Sultan Muhammad IV, amin," katanya yang lebih popular dengan gelaran Vida.
Sementara itu difahamkan, Hasmiza memperuntukkan sejumlah RM1 juta dana dengan tujuan mengubahsuai gelanggang keramat TRW termasuk dicat semula dengan warna pilihan jutawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu.
Selain itu, majlis menandatangani kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Melalui penajaan dua tahun syarikat kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.
Note : Wahhh ! Kalau gitu la rupa stadium tu nanti , memang teruja sangat lah .. Cantik baq ang . Tambah , Lyssa ni memang suka warna pink. Kalau dapat pergi nanti , dah sah-sah selfie tak henti setiap sudut! kahkahkah . *gurauuu :P
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

12 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
January 10, 2016 at 1:48 AM delete

Stadium warna pink karer tu... :)

avatar
Noor Akma
AUTHOR
January 10, 2016 at 10:42 AM delete

Nanti tak boleh la panggil red warrior.... kena tukar jadi pink warrior.. ha3!

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 10, 2016 at 12:24 PM delete

warna baru..semangat baru...moga aura positif terus meresap kepada warganya..amin...

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 10, 2016 at 1:12 PM delete

wehhh hahahahaha gila kentang ah pink dia ahahahahah

avatar
Keladi Ubi
AUTHOR
January 10, 2016 at 2:17 PM delete

Menarik.....semangat kekeluargaan...

avatar
Syamsid Dhuha
AUTHOR
January 10, 2016 at 2:31 PM delete

Unique nye stadium warne pink . Pandai juga boleh jadi pusat tarikan pelancong ni . hehe

avatar
January 10, 2016 at 3:33 PM delete

satu2 melayu yg belanja jutaaan ringgit utk iklan..

avatar
Lovely Honey
AUTHOR
January 12, 2016 at 2:42 AM delete

Cantik sgt. nak selfie gak bile siap nnti :)

avatar
January 13, 2016 at 5:22 PM delete

Kita tunggu apabila sepak mula liga super pertama berlangsung. Pasti ramai anak dara yg gi lepas ni penuhi stadium.

avatar
January 15, 2016 at 12:58 PM delete

tak sabar nok kelik kelate, selpie pah nih...hihihihihihihiii

avatar

Google+ Followers