Handphone Dicuri, Video Berseluar Dalam Tersebar [VIRAL]



Kuala Lumpur: Kesilapan pelakon Arja Lee, 33, yang tertinggal telefon bimbitnya dalam tandas di pusat beli-belah di sini, dua hari lalu mengundang padah apabila video dia menimang bola dengan hanya memakai seluar dalam dan baju-T yang disimpan dalam telefon itu menjadi ‘viral’ pagi tadi.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli ketika ditemui berkata, ketika dia menyedari telefon itu tertinggal di dalam tandas dan berpatah balik untuk mengambilnya, ia sudah dicuri orang.


“Ketika itu saya hanya terfikir mengenai telefon hilang saja. Saya tak terfikir pun mengenai segala maklumat, gambar dan video yang disimpan dalam telefon itu sehinggalah ia menjadi ‘viral’ pagi tadi,” katanya.

Dalam video berdurasi 12 saat yang dimuat naik dalam Instagram pelakon itu, Arja dilihat menimang bola dengan hanya memakai baju-T dan seluar dalam berwarna putih.

Pelakon filem ‘... Dalam Botol’ itu berkata, dia yakin individu yang mencuri telefonnya itu yang memuat naik video terbabit ke dalam akaun Instagram miliknya menggunakan telefon berkenaan.

“Saya tidak gelabah kerana bukan saya yang memuat naik video itu. Saya yakin ia dilakukan oleh orang yang mencuri telefon itu. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perkara itu sudah terjadi,” katanya.

Arja berkata, dia membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Kota Damansara, di sini tengah hari tadi sebelum meminta syarikat telekomunikasi membatalkan kad sim telefon itu -HM



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
fazrol iqbal
AUTHOR
January 20, 2016 at 11:08 PM delete

uish, hah. yg ni lawak. adui mcm2 orng zaman sekarang ni. ada aje nk jatuhkan orang. mroyan gamaknya..

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 20, 2016 at 11:20 PM delete

dia tak psg screenlock ke :(((((
sedih gilaa aduh. bertabah la arja weh

avatar
Keladi Ubi
AUTHOR
January 21, 2016 at 8:22 AM delete

huhuhuhu..keladi dah tegok..video tu..hhahahh..apa-apa pun....benda dah terjadi arja lee....www.keladionline.com

avatar
Azwar Syuhada
AUTHOR
January 21, 2016 at 10:51 AM delete

Macam-macam sekarang, lepas ni kenalah hati-hati sikit ;)

avatar
January 21, 2016 at 11:18 AM delete

macam-macam...
lepas ni jangan ambik video/gambar yg bukan2...
dah rakam tu terus je delete...
lebih selamat

avatar

Google+ Followers