INFO | Punca Dan Cara Menghilangkan Sakit Kepala

Assalamualaikum ..

Hi korang.. Sihat tak ? Lyssa alhamdulillah sihat . Musim-musim panas sekarang ni kan, macam-macam penyakit yang hinggap kat badan manusia kan . Kadang kesemua penyakit ni muncul sampai kita tak larat langsung nak buat apa-apa kerja pun kan, tambah-tambah bila kena serangan sakit kepala.Huish ! Mahu pengsan tu kadang-kadang bila mai angin nak kepala berdenyut-denyut ! Pernah jadi kepala berdenyut ? Korang tahu ke apa sebabnya korang sakit kepala tu ?



Ye. Malam ni, Lyssa nak kongsikan sedikit info kesihatan iaitu mengenai Punca Dan Cara Menghilangkan Sakit Kepala . Kalau nak tahu, jom baca sampai habis !




Punca Sakit Kepala


1. Sakit Kepala Yang Tegang

Sakit kepala yang tegang ini sering dialami orang ramai dan dianggap biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan pesakit akan terasa sakit sangat-sangat pada waktu pagi. Sakit ini terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stress dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.


2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam.
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.


3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.


4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.


5. Penigkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Banyak kan , jenis-jenis sakit kepala atau boleh dikatakan punca kita semua sakit kepala ... Tapi apa pula faktor yang menyebabkan kita terkena sakit kepala ni ?

Jom kita lihat faktor-faktor dan pencetus sakit kepala ini berlaku :

– Stres
– Corak tidur yang berubah
– Alkohol
– Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
– Cahaya yang terang
– Kelaparan
– Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
– Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
– Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
– Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmai anda
– Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
– Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Cara Mengatasi Sakit Kepala


Bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang menyerang ? Selain daripada ubat seperti panadol, mungkin anda juga boleh mendapatkan pain killer dari farmasi atau doktor di klinik. Pesakit juga boleh mencuba dengan meletakkan wap atau tuala panas pada bahagian sinus.

Cara-cara untuk menghindar sakit kepala pula adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup , jangan biarkan diri terlalu stress, makan makanan yang berkhasiat, biasakan memakai cermin mata hitam untuk mengelak dari silau dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan mata dengan doktor.

Selain itu boleh cuba ambil sedikit air isotonik 100Plus dicampur dengan air suam dalam nisbah lebih krang 1:2. Minum dan tengok dulu samada sakit kepala kurang sedikti atau tidak. Sekiranya tidak berkesan , maka boleh la beralih dengan cuba makan ubat pula.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. In Shaa Allah



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 11, 2016 at 11:20 PM delete

qila stress :(
hahaha thank u kak lyssa <3

avatar
January 12, 2016 at 8:16 AM delete

dulu saya memang migrain...then lepas amalkan minum susu kambing+madu, alhamdulillah memang berkurangan. Still ada tapi tak sekerap dulu. Insya ALlah semoga migrain sy beransur-ansur hilang

http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

avatar
Mummy Julia
AUTHOR
January 12, 2016 at 8:53 AM delete

Sesuai sgt waktu baca entry..mummy pun tgh pening kepala jugak ni..hehehe Macehh Lyssa

avatar
January 12, 2016 at 2:20 PM delete

jarang dapat sakit kepala..

avatar
osha90
AUTHOR
January 13, 2016 at 2:08 PM delete

nice info..trima kasih..

avatar

Google+ Followers