Luah Kata Lucah Atas Surat Saman

Subang Jaya: Seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun bertindak biadab menulis perkataan lucah ketika diarah menandatangani surat saman kesalahan jalan raya di Plaza Tol Puchong Selatan, di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi kelmarin, polis menahan suspek serta-merta selepas lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Superintendan Lee Swee Meng berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan 10 anggota dan pegawai polis melakukan gerakan Ops Roda di kawasan itu.

Menurutnya, penunggang motosikal itu didapati melakukan kesalahan apabila enggan memandu di lorong dikhaskan untuk penunggang motosikal.

“Dia menunggang motosikal model Yamaha LC ditahan di lorong tol khas untuk kenderaan berat menghala ke Putrajaya,” katanya.

Katanya, anggota polis trafik mengeluarkan notis saman kepada lelaki terbabit dan meminta dia menurunkan tandatangan pada surat saman itu.

“Bagaimanapun lelaki terbabit menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan kesat di bahagian bawah surat saman berkenaan,” katanya.

Dia berkata, kes berkenaan disiasat mengikut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.-hmetro



Note : Kalau dah kena saman tu , terima je lah .. Dah tahu memang salah .. Ni boleh pulak bantai dengan tulis perkataan lucah kat atas surat saman tu . Hmm . Manusia yang jenis tak boleh terima kenyataan memang selalu macam ni . Teruk betul ! ....

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

2 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
January 11, 2016 at 7:56 PM delete

La...tak pasal pasal dah jadi 2 kesalahan...

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 11, 2016 at 11:20 PM delete

adoi lawak2 je huhuhu dia in denial la tewwww sampai nk tulis lucha huhu

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon