'NAK SPONSOR, SPONSOR SAJALAH'


Semenjak dua menjak ini, taikun-taikun kosmetik berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola sepak. Umum mengetahui pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida telah menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta baru dua musim. Dan sehingga ke hari ini, 33 syarat yang diberikan oleh Datuk Seri Vida tidak didedahkan kepada umum. 

Bagaimanapun, gambar masjlis menandatangani perjanjian pihak Vida dan Persatuan Bolasepak Kelantan yang menunjukkan pemain pasukan itu melakukan trademark Qu Puteh itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari netizen termasuklah Afdlin Shauki. 

"Minta maaf, saya peminat tegar bolasepak di dalam dan luar negara. Tetapi saya tidak boleh menerima keadaan apabila sponsor boleh dictate dan mengubah budaya serta intergriti sesebuah pasukan itu. Atau mungkin saya yang salah dan terlalu romantis serta terlalu ingin menidakkan yang sesiapa saja dan apa saja boleh dibeli dengan wang sekarang. 

"Nak sponsor, sponsor sajalah. Jangan sampai suruh pemain pun buat sign di pipi itu," katanya di laman Facebook. 


Walaupun begitu, netizen juga mempunyai pandangan mereka sendiri. 

"Datuk Seri Vida cuba memberikan keceriaan pada sukan bolasepak sekarang dan kerana dia juga, sponsor-sponsor yang lain berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola yang lain. Ini barulah nampak menarik," kata Eja Qu Sha. 

"Sebagai peminat The Red Warrior, saya sendiri pun rasa ada sedikit tidak kena dengan cara Datuk Seri Vida. Tetapi bak kata orang, 'Beggars can't choose'. Kontrak pun dua tahun. Walau bagaimanapun, bola kena naik dulu. Gaya pipi dan warna itu belakang cerita. Bila bola naik, financial sudah stabil, boleh renegotiate semula term and condition," kata Firdaus Mohamad. 

Rata-rata penyokong TRW menerima apa yang telah ditentukan kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Tajaan bernilai RM16 juta itu saja yang mampu menamatkan masalah kewangan yang dihadapi oleh TRW. - Sumber

p/s : Apa kata korang ???? :D


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
aRz MoHa
AUTHOR
January 17, 2016 at 5:57 PM delete

mmm susah juga nak komen...tapi kalau pemain kata ok ok la kan?

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 17, 2016 at 9:17 PM delete

Ermmmm...kita support mana yang baik...lebihnya tu kita lihat je..

avatar
January 17, 2016 at 11:08 PM delete

ok jer aku tengok, x ada pun yang kureng menyenangkan kat situ, dah kna taja tu ikut jer laa,lagi pun pemain bola x de ckp apa2 pun,

avatar
January 18, 2016 at 9:12 AM delete

betul gak ...mungkin pemain akan lebih bersemangat selepas ni...nak ikut tradisi sangat melingkup juga akhirnya...seskali lakukan perubahan apa salahnya barulah orang tak boring ...kalau hadap benda yang sama gak berpuluh tahun berhuhuhu jugaklah nanti diorang...ubah tradisi bukan ubah jantina pun....

rilek aaaa....

banyak bunyi suh dia jer taja ....yer dakkkk..??

#ehhhmakcikemo

avatar
January 20, 2016 at 12:31 PM delete

Bagi akak..Okey je..sekurang2nya ada nafas baru dalam bole sepak Kelantan..Lagipun selama ni mandom je kan..

avatar
Fyda Noh
AUTHOR
February 22, 2016 at 3:00 PM delete

Semua orang tak ok pun diam2 je.. harap pasukan bola sepak kelantan lebih maju lepas ni..

avatar
March 8, 2016 at 2:48 PM delete

letakkan diri anda sebagai penaja, yang dah keluarkan belanja RM 16 JUTA, untuk sponsor pasukan kelantan.dah tentu2 nakkaan hasil yang berbaloi2..

RM 16 juta tu weiii, bukan RM 16 hengget... hihihihi



avatar

Google+ Followers