Pelajar Terpaksa Berkongsi Pakaian Dengan Abangnya ? [VIRAL]



Gambar seorang pelajar yang dikatakan terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook, Rabu.

BUKIT MERTAJAM: Seorang ibu tunggal menafikan anak  lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di sini, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook, Rabu.

Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa, Rabu.

Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan hari ini kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang  menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral Rabu.
Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan  pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.

"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung  perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata  pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.

"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu  menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya.(mtar)
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Fauzi Sabri
AUTHOR
January 7, 2016 at 3:03 PM delete

Saya masa kecil pun mewarisi pakaian abang-abang jer. Ada jiran yang mulia bagi baju-baju terpakai yg masih elok. #LakarHidupSendiri http://www.fauzisabri.com

avatar
eima
AUTHOR
January 7, 2016 at 3:46 PM delete

CARI PUBLISITI MURAHAN BETUI SAPE YG VIRAL TU

avatar
Murni Alysa
AUTHOR
January 7, 2016 at 3:57 PM delete

semoga Allah memurahkan lagi rezeki keluarga ini..aamiin!

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 7, 2016 at 6:01 PM delete

ala sedihnyaaaaaaaaaaaaa :((

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 7, 2016 at 7:48 PM delete

Harapnya dengan penjelasan ini tiada lagi persoalan...

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon