Ramai Ibu Bapa Tak Percaya Anak Pernah Lakukan Seks


MELAKA – Ramai ibu bapa tidak percaya bahawa anak-anak mereka pernah melakukan hubungan seks dengan rakan-rakan sendiri, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin.


Katanya anak-anak muda mungkin berkelakuan baik di rumah kerana kawalan ketat oleh ibu bapa mereka “tetapi perlakuan mereka berbeza ketika di luar”.
Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya ibu bapa terlibat dalam mendidik anak-anak mereka khususnya mengenai peruntukan undang-undang dalam kes rogol.
Minggu lalu, The Star melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 51 peratus kes rogol yang berlaku dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Seksyen 375 (G) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa hubungan seks dengan seseorang di bawah 16 tahun dianggap rogol (sama ada dengan atau tanpa izinnya).
“Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka,” katanya.
Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata ramai pesalah muda tidak menyedari akibatnya.
“Pihak-pihak berkepentingan perlu mengkaji mekanisme untuk mendidik golongan muda mengenai jenayah rogol,” katanya. – mStar Online/The Star
Note : Ye ! Lyssa setuju . Dah banyak dah kes macam ni sekarang kan ? Dekat rumah bukan main baik . Kat luar , siapa tahu . Jadi, ibu bapalah yang memainkan peranan penting. Bukan mengongkong, tetapi pantau ! Pantau tindak tanduk anak-anak . Dan kenali , siapa rakan mereka.. Supaya , tak ada lah berlaku kes yang tidak dingini ....


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
lyana ishak
AUTHOR
January 3, 2016 at 12:28 PM delete

btoii tu lyssa . mereka pndai berlakon , so pareents pon tak terfikir they will do such thing huhu

avatar
ros nordin
AUTHOR
January 3, 2016 at 1:21 PM delete

setuju .. ibu bapa main peranan memantau dan selidik aktiviti anak..

avatar
At-Tarmizi
AUTHOR
January 3, 2016 at 1:26 PM delete

Takut betul zaman sekarang ni

http://seronoknyermelukis.blogspot.my/2016/01/lawak-tahun-baru-2016.html

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 3, 2016 at 2:05 PM delete

sedihnya :(
what a sad reality hm.
betul. parents sekarang seriously kena pantau haih.

avatar
January 3, 2016 at 2:37 PM delete

Yaa...betul tu lyssa...setuju saye...

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 3, 2016 at 3:11 PM delete

Berlapang dada dalam istilah sekali sekala perlu jaga tepi kain orang untuk kebaikkan dan pada situasi positif...

avatar
sofie adie
AUTHOR
January 3, 2016 at 9:33 PM delete

moga dijauhkan dan dilindungi dari perkara sedemikian...

avatar
Fyda Noh
AUTHOR
January 4, 2016 at 12:43 AM delete

Memang menakutkan situasi sekarang ni...
Dari kecik budak2 dah diberi gadjet. Mula2 ajar tengok kartun, lama2 belajar tengok benda lain pla.. Menakutkan!!!!
Semoga Allah lindungi anak2 kita..

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
January 5, 2016 at 1:53 AM delete

Merisaukan..segalanya dihujung jari..kebal dengan agama dan kuat bersolat inshaAllah ..lysa adalah ikon remaja sihat bersih lagi suci..ha jadilah macam lysa. kan terbaik..

avatar

Google+ Followers