Sijil Cuti Sakit Palsu !



Shah Alam: Rasa curiga majikan sebuah syarikat swasta terhadap sijil cuti sakit selama 14 hari diberikan pekerjanya membongkar sindiket pemalsuan dokumen berkenaan.

Difahamkan syarikat itu sebelum ini menerima sijil cuti sakit berkenaan yang didakwa dikeluarkan sebuah hospital kerajaan.

Bagaimanapun majikan syarikat itu terkejut selepas pengurusan hospital berkenaan menafikan ada mengeluarkan sijil cuti sakit terbabit sebelum laporan polis dibuat.

Pihak polis kemudian menjalankan siasatan sebelum sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang terbabit dalam sindiket memalsukan sijil cuti sakit ditahan dalam dua serbuan berasingan Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, tiga suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu didapati menjual dokumen berkenaan kepada orang tertentu saja pada harga antara RM30 hingga RM100 sekeping.

“Berdasarkan laporan, polis menahan suami isteri berkenaan di kediamannya di Dengkil jam 12 tengah hari manakala seorang lelaki dipercayai dalang sindiket berkenaan ditahan empat jam kemudian di pangsapuri di Gombak pada hari sama.

“Polis turut merampas lebih 600 sijil cuti sakit palsu, resit hospital bersama slip masa bagi mengaburi pihak majikan,” katanya.

Mohd Sakri berkata, dalang sindiket itu bertindak membekalkan dokumen palsu berkenaan yang lengkap dicop berserta tanda tangan oleh doktor yang kini bertugas di hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang manakala suami isteri itu bertindak sebagai ejen.

Beliau berkata, sindiket itu dikesan aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu dan hanya menawarkan sijil cuti sakit palsu yang dikeluarkan oleh hospital kerajaan saja.

Katanya, polis percaya sindiket menjual dokumen sakit palsu berkenaan mendapat sambutan daripada orang ramai yang mengetahuinya.

Menurutnya, pihaknya kini giat memburu beberapa sindiket yang melakukan kegiatan sama bagi membanteras jenayah itu habis-habisan.

“Semua suspek ditahan reman sehingga 17 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 468 dan 472 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan dokumen cuti sakit dan memalsukan dokumen yang mempunyai cagaran berharga,” katanya.


p/s : Wahh ! Ada juga ye sindiket macam ni. Menjual sijil cuti sakit yang palsu.. Erm , Lyssa ingat ke, kalau nak MC beli je kat klinik. Baru ku tahu, ada sindiket sebegini di negara kita ni ye ... Hebat-hebat betul .... Dan Lyssa berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya tidak lagi berlaku kes ini di masa akan datang oleh pihak tidak bertanggungjawab yang lain pula...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Etuza
AUTHOR
January 16, 2016 at 4:45 PM delete

Astagfirullah...peras duit ke tu Lyssa...memalukan ja ni. peliknya ..ada benad2 macam ini..

avatar
Fyda Noh
AUTHOR
January 16, 2016 at 6:38 PM delete

Aha... semua doktor punya cop dia ada..

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 16, 2016 at 8:20 PM delete

Hebatnya...pertama kali denfar ni lyssa..

avatar
Nurul
AUTHOR
January 17, 2016 at 1:07 AM delete

Tak pernah lagi dapat mc sampai 14 hari. Demam terketar-ketar pun doctor still bagi MC satu hari.


VIVIX - Ikhtiar untuk bell pallsy

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon