12 Jenis Perempuan Single..Korang Tergolong Dalam Yang Mana Satu? =D

29/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v




Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang menggiurkan, sapa yang tak nak kan? eh.  Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk .. Apa perasaan korang time tu ? Marah ? Kecewa ?.. Haa , nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle.. Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni.. 


- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove , seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:


1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.


2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.


3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.


5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.


6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.


7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.


8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.


9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.


10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.


11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.


12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.


p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri kerana secara logiknya, kisah hidup setiap orang sangat berbeza =D 

So , bagi korang yang single tu , korang dapat kategori yang mana ? hu3 :p
Lyssa no 3  kot . huahuahua .

 
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

55 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:11 PM delete

same wif me lahh kak lyssa , no3 .. sebab bagi saya jodoh ketentuan smua di tangan tuhan ...

avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:13 PM delete

kita same lh lisa, no3. do i care org lain berkapel bagai, kite slesa sigle je. klau jodoh da, syukur kan

avatar
Izzati Aqilah
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:13 PM delete

No 3. Wakakakaka, yeahyeah. Betullah no 3. :D

avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:13 PM delete

Saya rasa saya no.3 kot Hehe ..

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:14 PM delete

err.. 2,3,4 kutt~ hehe >.<

avatar
Diya Hanun
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:14 PM delete

hehe..alamak sy tidak tergolong dlm kategori ni pulak :P

avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:14 PM delete

kita rasa nombor 3 , . :D

avatar
little kuma
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:14 PM delete

saya kategori ke 6. Bebas. XD

avatar
faqihahhusni
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:16 PM delete

Saya number 3. Biarlah Allah SWT menentukan segalanya.. Dia sudah merancang yang terbaik untuk kita.. Jodoh ni kadang-kadang datang tanpa kita sedari... Insyaallah :D Nice entry! ^_^

avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:18 PM delete

Yang mana uh? tak sure lagi kott.. nk study dlu.^^

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:18 PM delete

No 2 lahhh :D Memang tak semua lelaki sama tapi kebanyakan lelaki serupa sifatnya yang suka memperdayakan dan mempermainkan perempuan. Aku punyalah setia kat sorang mamat. Kteorang kapel sebelum dia hot and jadi jejaka handsome. Aku terima seadanya tapi lepas dia dah HOT plus jadi lebih kacak, suka hati mak nenek dia je nak tinggalkan aku. Haihh aku memang bertaubat dah dengan lelaki ni. Jangan mudah dan terlalu percaya dengan lelaki ni.. *certain* siasat sebelum percaya.

-orang tua lover-

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:24 PM delete

Nice entry!walaupun xsingle bace jugakla...hehe

avatar
NURUL FILZAH
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:26 PM delete

rasanya no 3 jugak kot. bebas segala macam

avatar
Syazhr
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:29 PM delete

saya pun no.3 tak kesah :D

avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:31 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:32 PM delete

Samalah pulak , no 3 , hee ;)

avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:34 PM delete

Saya rasa saya no.3 lahhh

avatar
Clara
AUTHOR
December 29, 2012 at 11:50 PM delete

1st KOMEN!!

:)

Woww.. Hebat weh single nii.. haha

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:03 AM delete

untuk lebh berteurs terang saya lebih memilih uuntuk bangkit semula. :')

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:08 AM delete

biasanya kalau perempuan putus cinta amik masa jugak nak sembuh macam saya. hee. nice sharing sis :)

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:17 AM delete

alaaa...:D bestnya dpt baca ni. haha, sya macam2. no.3 mungkin paling tepat kot. pastu, no.10, 11 dan 12 pun ada juga. lolsss

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:23 AM delete

no 3.. tidak peduli... ;)

avatar
December 30, 2012 at 12:29 AM delete

Hee . Saya no 3 & 4 kot . Saya percaya , kalau ada jodoh dengan orang tersebut , berpisah macamana pun mesti bersama jugak :') Kan ?

avatar
cik lisa
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:30 AM delete

tidak peduli *ahak ahak* *angkat kening * ada jodoh nanti terjumpa lah sendiri . Malas nak lawan takdir, huaaa ! *hehe* *tutup muka*

avatar
December 30, 2012 at 12:33 AM delete

sy xde...sbb sy laki..boleh x cmtuh..hehehe

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:42 AM delete

kita no 1 tu la kot. Mencari teman hidup.

avatar
Amirah.
AUTHOR
December 30, 2012 at 12:48 AM delete

saya no 3 & 4 kot heheh >.<

avatar
Nursha
AUTHOR
December 30, 2012 at 1:02 AM delete

huhuhu..tak tahu mana satu..macam takde jerr..

tapi nak pilih juga..maybe 1 and 2 kowt..
kemain kak lysa dah jadi penyelidik sekarang nie.. huhuhu..
keep it up..

btw, it'll be my houner if you join segmen pertama saya Segmen:Apa Kata Mereka??

avatar
December 30, 2012 at 1:34 AM delete

sonok topik nie...tp kita xtahu mn kategori kita..sbb bnyk kategri tu ada pd kita...nak single tuk bebas takut cinta n lelaki...tp bl tgk kwn2 kawen..nak kawen jugak...huhu

avatar
HaFizaH aYu
AUTHOR
December 30, 2012 at 2:03 AM delete

No 3&6..insyallah lau dah jodoh x kemana kan tp kn usaha jgk nk cr jodoh ni hehe

avatar
sayang
AUTHOR
December 30, 2012 at 8:31 AM delete

no3 kowt heheh =) hurm sigle lgi

avatar
Aien_Aen
AUTHOR
December 30, 2012 at 10:20 AM delete

Lepas baca nom 3, terus pilih no 3.. Sememangnya saya lebih suka pada kebetulan

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 10:55 AM delete

belum sampai masanya lagi...kalau dah ada jodoh nanti...... semuanya berubah.....

avatar
Mon Nieca
AUTHOR
December 30, 2012 at 2:18 PM delete

hampir semua?? kecuali 12. pemikiran n keinginan berubah mengikut masa.

avatar
maszull
AUTHOR
December 30, 2012 at 3:55 PM delete

assalamualaikum lyssa...menarik nyer info dr lyssa ni...")

avatar
Effa Nadia
AUTHOR
December 30, 2012 at 9:47 PM delete

3. tak peduli coz sy single everyday :)

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 31, 2012 at 11:44 PM delete

saya rase 2 dan 3. cause saya suka macam Rapunzel, diselamatkan dengan Prince Charming..

avatar
January 11, 2013 at 10:12 PM delete

Saya kategori yang ke 3 rasanya^^

avatar
Atiqah Ivy
AUTHOR
January 29, 2013 at 4:07 PM delete

hehe..ade persamaan la kite...
Saye --> 2,3,4
:: bangkit semula :: tak peduli :: menunggu ::

peace yo~

avatar
maszull
AUTHOR
January 30, 2013 at 6:26 AM delete

assalamualaikum lyssa...wah mama x payah la yer sbb dah x single lg...hehehee...:)

avatar
Hara Dream
AUTHOR
February 11, 2013 at 9:53 PM delete

even ramai member sye dah couple,but sye ni still single..sye boleh diketegorikan dalam no.3....tak peduli~

avatar
Unknown
AUTHOR
March 24, 2013 at 2:46 PM delete

lyssa ..skrg ne bukan ke laki single yg jadi rebutan. dah laki mkn sikit berbanding gurlz huhu

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 10, 2014 at 5:20 PM delete

I am kerang..;-)

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon