Tips : 10 Perkara ELAKKAN Dalam Bercinta..

30/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum , peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah . Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.

Di bawah ini terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan dalam BERCINTA ..


Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.

Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?>

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang "kurang" itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!  




p/s : Ini adalah satu artikel yang Lyssa nak share kan kat korang . LIKE kalau suka :) muehehe . Kalau korang yang sedang BERCINTA tu , Lyssa harap artikel ni membantu korang sedikit sebanyak ye . hek :O
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

16 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
December 30, 2012 at 9:56 AM delete

Hmm.. Bagus la tips ni Kak Lyssa.. Hehe , tengah dilamun Cinta sekarang ni.. Ngehehe.. Padahal tahun depan dah SPM . Takowt2.. Regard from Boyz_ed at www.boyz-ed.com .

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 10:51 AM delete

betul kata lyssa.......
kena elakkan... jgn hipokrik dan plastic dlm hubungan.....

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 11:15 AM delete

hihi. tips ni banyak membantu :D thanks lyssa

avatar
Azwar Syuhada
AUTHOR
December 30, 2012 at 11:26 AM delete

Wah , tips-tips bercinta banyaknya..hehe.. =)

avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 11:31 AM delete

PERASAAN KENA IKHLAS KALAU BERCINTA

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 30, 2012 at 1:19 PM delete

wahhh tips bercinta laa., nii yg best niii.. hahaha xD

avatar
Effa Nadia
AUTHOR
December 30, 2012 at 9:44 PM delete

cantek otak kak lyssa sampai dpt apdet entri tips mcm nie...

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 31, 2012 at 5:22 PM delete

benda pertama tuh pernah mas wat.. :(
memang tak kekal..coz akhirnya kita tak leh menipu diri sendiri

avatar
cik lisa
AUTHOR
January 1, 2013 at 9:14 PM delete

ihikkks! sejak dua menjak ni asyik sharing tentang cinta-cintun . Tengah dilamun cina ke apa tuan puteri ni, hehehe

avatar
maszull
AUTHOR
January 15, 2013 at 1:18 PM delete

assalamualaikum Lyssa...seronoknya baca tip2 dr org muda2 skg ni best2...:)

avatar
Unknown
AUTHOR
March 24, 2013 at 2:43 PM delete

boleh diamalkan .thx

avatar
AIN sheda
AUTHOR
April 9, 2013 at 8:17 PM delete

kalau dapat pakwe cm list2 kat atas.. mmg suruh jumpa tok kadi terus.. ahahaha!

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon