Home
tutorial
Tips-Tips

10 December 2012

Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012 (Full Entry)

10/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Huilawehh . Dah berabad pergi Booth Camp Carian Gadis Konfiden Kotex tu , baru nak hapdet ka ? ishk . Tak 'ohsemmm' langsung Lyssa Faizureen ni kan ? Sorry ah bro . Sorry ah geng . Sorry Sorry Sorry laa .  Tak kesempatan nak update lagi sebab dok tunggu gambar-gambar diupload masuk ke page kotex tu . harhar . *tu lah kau Lyssa . Siapa suruh tak bawak kamera sendirik . Kan dah jadi 'penunggu' . Tercangak , "bila la diorang nak upload gambar kitorang suma" . Sekali diorang upload . mak aiii . Berlonggok gilaa . Nak pilih yang mana neyy .

Ohkey . Semua . Untuk entry kali ni rasanya Lyssa nak update panjang2 kot . Dengan ayat yang panjang dan gambar2 yang berjuta lemon , harap korang tak tinggal sepatah haram pun apa yang Lyssa nak taipkan ni ye . Yah . Gud ! Macam tu la pembaca blog lyssasecret . ekekee . 

Seperti yang korang semua tahu , (cehh . macam semua je tahu kan -.-) .. Lyssa terpilih menjadi finalist dalam carian gadis konfiden kotex . Daripada beribu yang join haritu , 30 orang sahaja yang terpilih dan dalam 30 orang tu termasuk lah Lyssa ! Alhamdulillah .Ye . Lyssa Faizureen yang ada blog nama lyssasecret tuu . Kenai dak ? Kalau tak kenal , sila ke blog dia ---> SINI ! haha

  • Hari Pertama - 23 November 2012

Bagi 30 orang yang terpilih tu , kami di-sponsor untuk bermalam di Club Med Cherating , Pahang . Sebelum ke Club Med ,  kami diminta untuk berkumpul di Pejabat Kimberlay di Kelana Jaya sebelum 7.30 pagi . So dengan eksaited nya Lyssa pun tiba tepat 7.07 kot if tak silap . haha . Tengok semua orang dok termangu duduk sambil sembang-sembang . Mula la jantung kemain dup dap dup dap . Dah le sensorang je . Tak kenai sape pun time tu . Last2 , kami pun kenal-2 macam tu je . Sempat lah bergambor beramai-ramai masa kat situ .

 

 

Dan semasa di sini , kami diberi satu beg Kotex yang penuh dengan barangan Kotex , pad , pantiliner , buku , pen , payung  , dan 2 t-shirt gadis konfiden kotex . *terharu la oiy . Siapa nak bagi kan benda-benda macam tu . haha . Thanks Kotex . Lepas beg- beg diberi , kami pun bergerak ke Bas .


Tengok ni . Kemain semangat kan haku . huahua .

 Bas bergerak dalam pukul 9 lebih kot tak silap . Pukul 12 , tibalah kami di RnR Temerloh . Isi perut dengan nasi yang ditaja oleh mereka sendiri . haha . Pi sana , tak payah bawak duit pun tak pe . Semua ditanggung halal . ekekeh .

Tengahari , dalam pukul 1 lebih ke pukul 2 .. Tiba lah kami di Club Med Cherating . Huish . Sampai je sana , tengok memang cantik ah Club Med ni . Serius . festimee Lyssa masuk Club Med . Dan first expression "Wowwwwww" . Sampai sana , diorang layan kami giler-giler punya . Dah rasa macam retissss fofular lak dilayan sebegitu rupa . Sangat friendly pekerja2 di Club Med . terbaik ah !

Kami semua dibawa ke bilik masing2 . Lyssa dapat sebilik dengan Kak Marya Hana . 1st , tak tahu yang Kak Marya tu blogger . Lepas sembang2 , ohhh . She's blogger hokey . I think , ramai juga yang kenal dengan Kak Marya ni kan . femes * 

 
Ni la bilik kami . Lyssa dan Kak Erra Fazira . eh!!** haha . 


K . Nak cerita la apa yang tak puas hati dengan bilik kat Club Med ni . Korang nak tau tak , ni pasal TOILET la . Ada ke patut , tempat buat air Nescafe tu kan , boleh bukak . Dia macam tingkap la . Bila nak buat air , kena bukak benda tu . Apa yang memeranjatkan kami berdua , kalau kita bukak tingkap kecik tu , memang sah sah kita boleh nampak orang mandi dalam toilet tuu . So , boleh la kita intai orang tengah mandi kan ? haha . WhatTheFish ! Gerghh . hm . Memang nak mandi pun kena hati-hati takot orang tak perasan kita ada kat dalam , tengok2 orang tu dah nampak kita tengah mandi . Oh , sungguh memalukan ! Grr ..

And lagi satu , bilik air mandi dengan toilet untuk memberakkan diri asing tau . Apa yang paling tak suka , tempat nak buang air besar tu , satu kepala paip pun tak nampak . Dengan tak de air nye dalam tuu . Seriusly , macam mana diorang berak ? -.-" err . (sorry , ayat tak tapis) haha .

K . Lepas dah rehat-rehat dalam bilik , mandi , siapkan diri pula untuk ke Orientasi Kem yang dinamakan Zon Anda dan Saya . Kalau dah nama Anda dan Saya , dah tentulah sesi suai kenal kan ? haha . So , time tu lah banyak aktiviti yang dilakukan supaya kami kenal antara satu sama lain . Memang jenuh oooo nak kenal diorang . Nak ingat nama2 diorang . 30 orang ok ! Bukan 3 orang je . hm . Lastly , dapat juga ingat nama2 diorang .

 


Fasilitator kami , Kak Azah .. Kenal tak ? (alaaa . yang berlakon dalam 3R dulu . Kalau baya baya Lyssa mesti korang kenal kan . haha .) Fasilitator yang terbaik dan sporting habis . Serius ! Suka sangat cara Kak Azah guide kami sepanjang di booth camp tu . *tabik spring ! 

 
K . Masa ni Lyssa kena ceritakan apa unik nya kawan Lyssa ni . Selepas di-interview , merepek lah Lyssa cakap sensorang  kat depan tu . Depan semua orang ok .. haha .
*abaikan muka sememeh ku itu . wakaka . 


Lepas habis je Zon Anda dan Saya . Kami pun bermakan malam la kat situ . Makanan semua . Auwww ! Sangat ohsemm !


 
Bersama Nad Zainal yang comel lagi kiut , Wie yang sempoi , Cik Epal yang ceria dan Kak Marya yang cun bak Erra Fazira . haha :)



 Lepas habis makang makang , teruskan pula dengan Sesi Pertama iaitu , Zon Perhubungan . Time ni la best . Tapi  , sayangnya . tak ada pulak gambar . sobsob :(
Dan tamatlah hari pertama di situ ...


  • Hari Kedua - 24 November 2012

Ok . Lyssa teruskan pula dengan hari kedua ye ! Hari yang Lyssa tunggu-tunggukan dan nanti-nantikan . Sebab masa ni lah terdapatnya pelbagai aktiviti yang gempak2 !


 
Lyssa , Kechik , Mastura , Intan dan Fira


Bermula dengan senaman pagi tepat jam 8.00 pagi . Senaman yang mengambil masa selama 30 minit membuatkan lemak2 tepu di badan dahku terbakar , peluh-peluh menitik dengan derasnya , kerut-2 di muka kelihatan semakin berganda disebabkan kemengahan melakukan senaman itu . Tapi , sangat best sebab ada sorang omputih ni guide kami . haha . Syok weh

 
Lyssa kat belakang sekali ! Nampak tak ? Baju pink tuu .. Tu laaa . Lambat lagi bersiap , kan dah lewat sampai . kena duk belakang . padan muke !


Lyssa kat hujung sekali ! Depan sekali ! Nampakkan ? huahua.


Lepas sesi senaman , dengan busuk-2 , kami pun bersarapan dan teruskan dengan zon V tepat jam 10 pagi . Sesi 3 Zon V pun bermula . Macam-macam aktiviti masa ni . haha . Kami disuruh melukis . hee . 



 
Oh , betapa kusyuk nya dahkuu mendengar explaination mengenai Kotex ! haha xD


Lepas Zon V , teruskan pula dengan Zon Kerjaya iaitu Sesi ke-4 . Dalam Zon ni kitorang disuruh untuk menutup mata and bayangkan , siapa kita beberapa tahun akan datang . And kami main teka-teka . Dibahagikan kepada 2 kumpulan , siapa rasa nak lukis or buat lakonan boleh la kedepan . Kumpulan A lukis , kumpulan B kena teka . Dan seterusnya macam tu laa.

 
Time ni aku yang teka . Cikgu Seni sambil nak bukak bisnes .  haha . Betol ok ! Betol ! Tengok tangan aku tu . kemain lagi lentok2 nak explain . huahua .


Then , lepas habis sesi teka meneka , kami pun diarah kan untuk berbaris dua-dua . Ingat ke nak buat apa la baris dua-dua , rupanya kami kena PATAHKAH PENSEL . oiy . kau boleh ? haku boleh . haha . Bukan sebatang pensel , dua batang pun boleh . haha . 

 


Karate , jangan tak karate . Dan hasilnya , saya dapat patahkan sebatang pensel . Kemain happy tau .  Kak Azah tanya , siapa nak patahkan dua batang pensel pulak ? Dengan semangat nya aku orang pertama yang angkat tangan cakap " SAYA ! SAYA NAK !" . haha . semangat betul . Last2 , semua pun cuba . Dan ianya berhasil . Lyssa dapat patahkan dua batang pensel . Cuba korang try . best ! 


Lepas sahaja Zon Kerjaya , kami terus makan tenghari . Perut pun dah giler berkeroncong time tu . After lunch , kami teruskan pula dengan Sesi ke-5 , iaitu Zon Menghias Diri . Best sebab time ni lah kitorang diajar cara nak make-up . Dan paling best , kitorang dapat barangan kosmetik dari Maybeline . Eyeliner (pensel and liquid) , bedak , eye-shadow , lipstcik . pergh . FREE je dapat tauu .  Jangan jeles ! haha . 


Tengok lah budak kecik ni kan . kemain semangat mendengar penjelasan dari diorang mengenai makeup ni ... *ke , bajet comel depan kamera ni ? haha !!



Ok . Dalan Zon ni juga , kami perlu memilih group sendiri untuk lakukan aktiviti kumpulan . Dalam 5 kumpulan diperlukan 6 orang 1 kumpulan dan inilah group Lyssa !

 
Lyssa , Cha , Cik Epal , Kechik , Wie dan Intan :)
Best gilerrr . Group kami je yang menang aktiviti ini . haha .


 Pastu , kami kena buat fesyen sendiri . Means kena buat kolaj ! Gunting gambar fesyen dari Majalah Cosmopolitan dan tampal mengikut kreativiti masing-2 . hehe .


Selesai sahaja aktiviti ini , kami diminta keluar dari bilik ini untuk ke aktiviti seterusnya iaitu Cabaran Kotex Med . Dalam cabaran ini , kami berkumpulan perlu mencari kad-kad yang berada di merata tempat di Club Med . Setiap kad tercatat points . Untuk mendapat point lebih , kami perlu melakukan aktiviti yang menarik lagi tertarik . Trapeze , Rock Climbing dan Archery . hok aloh . Tersangat lah best !

 


 
Ini lah group Lyssa yang tersangat lah sporting !! bhahaha .  Diketuai oleh Cha :P


Baiklah . Dan waktu yang dinantikan , masa untuk berparty ! yeahhh . Dan Lyssa teruja sangat sebab dapat bergambar bersama blogger cun lagi fofular merangkap artis baru Malaysia . ekeke . Siapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha :) wee ~


 K . Saya pendek jeaa . haha :) Tak aci ! Hanis tinggi . huaaa .


 
Dengan penuh rasa konfidennya , saya bercakap di khalayak ramai ! Ramai wehh . Ramai  . haha 



 Sesi Photoshoot beramai-ramai . Nampak Lyssa tak ? Sebelah Nad Zainal dan betul2 belakang Dazrin (Johan , cerita Adam & Hawa) hehe . Berkepit dengan artis ^^


Habis je Party . Balik bilik dan terus tidur . Seriusly ! Memang penat sangat time tuu .


Hari Ketiga (Last Day) - 25 November 2012


Hari yang Lyssa rasa macam tak nak je tempuh . Tak nak tinggalkan kengkawan . Tak nak tinggalkan Club Med . Tak nak tinggalkan segalanya . Tapi apa kan daya . Hanya tinggalkan kenangan antara kami yang takkan kulupa sampai bila-bila ...

Pagi-pagi seperti biasa , kami sarapan . Kali ni , muka macam tak berapa ceria je . Sebab sedih je rasa nak tinggalkan kawan2 semua .... After sarapan , kami diminita untuk ke bilik bagi bagi sesi kita adalah pemenang ! 

Dalam sesi itu , upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang . Nak tahu tak , siapa pemenang-pemenang Carian Gadis Konfiden Kotex ? Jom kita sama-sama tengok ..

Inilah ketiga-tiga pemenang . 
Pemenang pertama: RM5000 + bekalan Kotex selama setahun (Nur Zaireen Binti Mohd Zait)
Pemenang kedua: RM4000 + bekalan Kotex selama setahun (Norain Binti Abdullah)
Pemenang ketiga: RM3000 + bekalan Kotex selama setahun  (Teh Mei Yi)
 
Ini pula pemenang-2 bagi setiap kategori !

Miss Fashionista - Nor Mastura Binti Ahmad Tajudin

Miss Congeniality - Teh Mei Yi

Best Team Player - Chinta Ily bt Mokhtaruddin

Best Team Leader - Nur Zaireen Binti Mohd Zait

Best Communicator - Norain Binti Abdullah

Miss On Time - Kamaria Hana Bte Kamaruzaman

Miss Revolution - Kamaria Hana Bte Kamaruzaman

Most Fun Girl - Ku Nor Afiqah Binti Ku Abd Halim

okeyy . Hakak teman sebilikku balun sampai dua kategori . Curlass kau Mariaaa . ekeke .
and lastly ,
 
Tahniah juga kepada Lyssa Faizureen kerana mendapat Sijil dari Kotex dan menangi wang tunai sebanyak RM1000 . Fuhh . Sape nak bagi seribu kan ? Untung kitorang semua . 27 yang lain , dapat jugak hokey . hihi . Jangan bersedih ! PENGALAMAN tu yang penting . kan ? kan


Lepas habis je sesi penyampaian sijil dan hadiah , kami pun apa lagi , menggilakan diri bergambar dengan kawan- kawan kat situ . wee . Bergambar lah kami selagi ada masa . Lepas ni dah tak dapat nak jumpe dah :(


 
Roomate Twin-Sharing . ehh ! xD


 
Oh , lupa nak bagitau . Kami jugak dapat jaket . Siap ada tulis Gadis Konfiden Kotex lagi tauu xD jeles tak ? jeles tak ? huahua .

 

Selesai je bergambar , kami pun ambil beg masing-masing untuk disumbatkan masuk ke dalam perut bas . Dan kami bertolak pulang ke KL tepat jam 2 petang . Dalam bas , semua keletihan . Tidur je lah jawab nye sepanjang perjalan pulang . Dan paling tension nye, masa kat highway Karak . Perghh . Gila jem . Tak tau apa puncanya . Dan kami sampai sangat lewat . Pukul 8 lebih , baru sampai KL Sentral . Masing-masing , ambik beg , pulang ke pangkuan family tersayang . 

**Serius Lyssa cakap , pengalaman semasa di Boot Camp Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012 ni merupakan pengalaman yang takkan Lyssa lupakan sampai bila-bila . Pengalaman yang menyeronokkan . Dapat mencuba sesuatu yang baru . Dapat kawan-kawan baru . Dan yang paling penting sekali , Lyssa jadi lebih konfiden selepas semua aktiviti yang Lyssa lakukan di sana . Lyssa rasakan , 3 hari 2 malam di Club Med Cherating , memang tak cukup bagi diri Lyssa . Serius . Dan Lyssa tahu , korang pun sama kan ? Bagi yang tak dapat join kami tu , jangan bersedih hati . Nanti ada lagi Boot Camp dari Kotex , korang join lah tau . Memang tak rugi !!



Last but not least , thanks sebab korang habiskan masa korang baca entry panjang berjeler ni . Lyssa harap sangat korang komen entry ni . Appreciate lah sikit . huahua . Gitau la gambar mana yang paling korang suka kat atas ni ke , Zon mana yang menarik bagi korang ke ? Penat tau Lyssa taip entry ni . haha . Sekian ~

p/s : Kalau nak tengok banyak gambar lagi , korang boleh terus ke page iknowmovement . Search la kat facebook ye . hihi xD



98 000 orang Pengomen Terhebat !!:

Azura @ cik buaya said...

wah rinduuuuuuu terselit gak muke kite kat stu hehe best2 :)

Miss Sue said...

wahhhhhhh... bestnye..

Aida ツ said...

Untunglhaaa kak lyssa !!

Hafizzi Aziz said...

Gila bapak panjang entry nie. hAHAHAHA.Untung la pakai kotex. apit pakai boxer ja.

Mai Maisarah said...

Bestnya Lyssa ! Tapi Mai baru 11 tahun . Huahua . Kena tunggu lamaaaaa lagi x(

Marya Hana said...

Gambar yg plg disukai,gambar akak Berlari kt Pantai mcm orang Meroyan Masa Cabaran Club med tu,wkwkwk. balik Hotel kaki terseliuh! Ceh..

*Kenangan Terindah* with My lovely roomate, Adinda Lyssa. Tak Lupa intan And Firra :')

ENarisha ♥ said...

Wah, jeles sangat-sangat. Siap dapat jaket lagi. ;)

мιƨƨ-αωɛƨσмɛ said...

Wee~ Bestnya! Anyway, chomell lah kak Lyssa! ><

Azmira Yusof said...

Rindunya kenangan kat sana ^_^.Minta2 team kotex buat lg event mcm nie

intan liyana said...

Hihihi..bes dear...

Lyeen De Syifa said...

hamboi...kurlass u lysaaa!!heehhe..hebat..tahniah lyssa...mesti skrg lebih konfident kan..:d

Nayli Izzati said...

Syoknye!! Haha :) Best Kak Lyssa Tulis Pasal ENtry Ni ! :)

intan liyana said...

Kite jerk x updte blog lg...hihi...lyssa tbaik lah...

Nurul Faiz said...

semua muka ceria.
tahniah lyssa dapat RM1000.

araa cruch said...

WAHH .

zainatul abu bakar said...

Wah bestnyaaaaaa..dapat jumpe retisss :)

ezasunflower said...

Wow... bestnya... untung la lyssa dpt rm1000... sape nak bg senang2 rm1000 tu kan... best3.. hehe..

ape2 pun sy blogger baru.. dan dah follow lyssa... =)

Kamal Akim said...

hai gadis konfiden!

HID▲Y▲H F▲UZI said...

Perghh Kak Lyssa cakap bukan main semangat lagi, confident je tengok muka. Tabik ahh ^.^

Nurmujahidah Ismail said...

hari tu dah baca entry cik epal,, and dah tahu lyssa ngan dia segroup. hehehe.. best giler,, tapi kalau muja masuk pun rasa macam takkan berjaya pun,, btw, memang nampak pun best,, klau rasa apetah lagi kan,, :D

Dkna Abza said...

pergh! memang panjang betul cerita lyssa...seronok lak tengok aktiviti macam nie..nak join gaaaaakkkk huhuu

asman wan ruzlan said...

wah2,,bukan men conok agy sys lyssa,,btw,,bez lah tngop,lyssa and the gang,~~

Marliyana Mayamin said...

bestnyer..!!

Muhammad Shahril said...

Nice entry kak lyssa .. dah penat membaca :) ekeke

Yui Bieyna said...

Tahniah la kak ! Wah Yui kene tggu 4-5 thun lg kot? Yui bru 14 thun... Lalala =.=

Remy hazza said...

kalah menang tak kisah lyssa...tapi pengalaman tu yg berharga.....
tahniah....

suzie rahman said...

wah! bersemngat post lyssa. hihihi

Mira Adzlia said...

bestla...rse tringin pulak mau juin..hoho.....taun dpn la plak..haha

Princess Syazliyana said...

wah bestnya akk! hehe mak saya pun ikut baca entry akk kali ni :D cngrates kak :*
p/s; mak saya kata akk comel da lebih tiga kali ! hahahaha

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Bestnye akak! Lia xleh, sbb bru 11 thun XP sabar je laaaa.

Nabila Izzati said...

Memang Panjang lebar Enntry kali ni . :D . :D :D

Nur Wanie said...

Haha ! kay lyssa sioknyaa perghh mengambil masa agak lama jugak nak baca nih hehe

Phat said...

seronok betul nmpk gaya nya ye lyssa

HAJAR said...

Waaa...BESTNYE!! :)

AkuTracy said...

jelesnya..hehe..
apa pun kak marya smpai pulun dua kategori :p

Miss Dee Laa said...

Untunglaah dia dapaat pergi.. Jelez beb >,<

sufian.ghaffar said...

Singgah blogwalking dekat sini... Hi Hi Hi hehehehehe....

Atirah ★ said...

Serius, entry ni paling panjang maybe. hahaha. untung ah boleh join. nak join jgk. :/ manyak jeles wooo. :D

Asya Yunsya said...

salam.kak lyssa.mcm mane nak buat blog mcm kak lyssa punya yg menggunakan .com?

Asya Yunsya said...

salam.kak lyssa.mcm mane nak buat blog mcm kak lyssa punya yg menggunakan .com?

aima afna said...

wahh...
pengalaman berharga tu yg penting ^^

MisEyz BLurz said...

wahh..bestnyaa...!!!pengalaman pun bertambah...syok habis!jeles!nak join jgak!ehhee

✿A I N A A✿ said...

fuyoooooooooooooooooo!!! bestnyaaaaaaaaaaaaa!!!!! dapat jumpa selebriti2 serta blogger yang hot2....

Nyamuk Terbang said...

part paling best dapat jumpa nad zainal...wohoooo

Jesica정수연MeMiy said...

Comelnye blog kak lyssa i like very much

Ieyra Ghani said...

wahhh meriahhnya ;D

secret of us said...

lyssa you are very kiut..^^ apa-apa pun tahniah...atlest awk dapat pengalaman yang tidak orang lain boleh rase.^^

Auni Liyana said...

w0w...best nye kc Lyssa...

Auni Liyana said...

w0w..kc Lyssa..best nmpk...

Cik Tyra Lee said...

smangat baca sampai habis ni.. hehe

Farra Izzaty said...

Untung nyee orang tu..

Ema Blog said...

sangat syok membaca pengalaman lyssa ni..

Cik Tie@Akak said...

wah..mesti best kan ??

Mas Zull said...

Assalamualaikum lyssa...seronoknya dpt pi camp yg mcm ni kan....dpt kwn baru saling kenal mengenali dan yg paling best dpt menimba pengalaman istimewa....:)

Solehah Shamsuddin said...

huyoohh terer btl kak marya balun sampai dua kategori.lyssa,tahniah ye sbb menang... :)

Sukma Haron said...

Untuk gadis boleh ler...mak gadis macam mana nak join dikkkkkk....
Salam dari :http:ceritamayapersada.blogspot.com

Anonymous said...

best ya :)

Dunia Wilma said...

Untungnya Lyssa ^_^
Mesti bertambah konfident selepas nie...

dEdEQ dE wIshEs said...

SEMUA ZON BESHHHH .. WAH .. UNTUNGNYE

luqman zakaria said...

bestnye dapat 1000..hehe..seronok jer tgk korng2 semua nih..

Izzat Azhar said...

Eh kak Lyssa memang rapat ke dengan Kak Marya. Wahhhhh.

Anonymous said...

bestnye program ny ... tapi Kotex syarikat israel .. we should boikot it :)

Mk Syahir said...

alaaa...rugi tak join :p

baby comel said...

Best, best Lyssa.. Pengalaman tu, :)
Hebat la Lyssa boleh patahkan 2 pensil. Serius, hebat! Suka dgn entri panjang ni..

Aida Omar said...

memang awesome habis aktiviti dia eh.. ingatkan lyssa tak terpilih pasal senyap je. hehe

eyriqazz said...

wahh,meriah...siap menang RM1k lagi tu....

boni kacak said...

wah...bestnya lyssa... hanis zalikha pun ada sekali?? pergh. bila blogger femes bertembung dengan blogger femes, meletup tu..hehehehe

Kirinkatoteka Imanda said...

wah! best jugak akak dapat makan2 n jumpe duta kotex kan?

Yuliana Wahit said...

wahh bestnya.. yuyu pon terasa keseronokonnya kat situ..

Aimi Wardina ♥ said...

Anda ditag :

http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/11/cik-lyeens-giveaway.html

Alynn Nyzaa said...

wah..seronoknya..aktif jgk si lyssa ni ye..btw, if ada masa, jemput singgah http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/12/the-wedding.html :)

Nurul Hani said...

Kak Lyssa ! Untonglaa dapat join camp nieyhh kan. Btw, akak nie cantik sangad ^^

Nurul Hani said...

Hte kak lyssa ! Untonglaa dapat join camp nie. Btw, kak lyssa nieyhh cantik sangat-sangat :D

Cheq Kaq said...

wahh..best nyer ..smpai tua pon mesti leh jadi nenek konfiden kan..tambah best lagi sbb dpt jumpe nad zainal..

dya bunga said...

pergh..best gila..aktiviti dia mmg best best..dya tersgt2 lah jeles..haha

Nuriesya Nadia said...

Seronoknyaaaa , kan best kalau dapat join jugak. Tssskkk. T_____T

kamil salleh said...

Tahniah buat adik Lyssa, dpt sijil drpd KOTEX dan hadiah RM1000 yg dimenangi. Cuba lagi dilain apa2 aktiviti kemasyarakatan dan apa2 contest, mana tahu dpt lagi hadiahnya.

▲Cik Lissa ヅ ▲ said...

Oh my god ! serius best gile ! jeles teramat amat ! hhaha .Tahniah kakak Lyssa :)

Ana Hanaa Daud said...

Wahhh, bestnya! Btw, comel je Kak Lyssa. Hee:)

Amir Aiman Akashah said...

utk jejaka konfiden kotex fresh takdak ke dik lyssa oiiii...law ader abg long ingat nk tepek nama abg long sebaris nnt....HaHaHa...

rasanya kan, law ada la kan.....mesti gempaq gila...

Luna Stianza said...

enak bangeeettt... kak Lyssa lagi Field trip neh

Yan Ty said...

Must be so njoying kan...tpo if yanty sure kecut perut..lacl of confidence hahaha

Lina md. munir said...

Aktiviti dan pengalaman yang berbaloi dan menghiburkan. Tahniah Lyssa.

Secret Garden said...

Bestnya dapat jmpa ARTIS! hehe..

Sii Diekaa said...

tengok2 orang tu dah nampak kita tengah mandi . Oh , sungguh memalukan ! Grr ..

hahaha.. lucu bener nih kak lysa,


follow balik ya kak lysa ke blog aku
http://corattcorettt.blogspot.com/

Nor Salmi said...

Tahniah Lyssa! Dapat kutip pengalaman berharga..

Belalang hijau Perisik said...

ade peserta lelaki? agagaga gurau2 jer :)

Aimi Wardina ♥ said...

http://hadifahsabri.blogspot.com/2012/11/partner-end-year-giveaway-by-hadifah.html

Jom join ;)

1D =] said...

Assalamualaikum kak lyssa, follow sini boleh... =)

http://sorrypagenotfound.blogspot.com

Aina Annysa said...

akak! akak ditag :3
http://nysalaptopdankeyboard.blogspot.com/2012/12/minas-giveaway.html

LaLa mhdnor said...

sangat jeles sebab x dapat pergi T__T

Iqa ツ said...

wahh :) syoknya !

Aina Sofea said...

Untung kak Lyssa ! Jeles tau tak ! Haha .. Akak ni sajer je nk bgi org jeles ! :D

Hanna Nabiella said...

akak~ ! jom join first contest dari saye ^^

http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

nabila azmi said...

seronoknyee=)

Nabila Aziz said...

Hanis Zalikha ada kat situ ker ?? justasking..

Cik Zara said...

jumpa lyssa dalam blog hanis zalikaha dan pic tu sama dengan pic yang lyssa ada... hehe

Raihana Husni said...

bestnya. jeles set. tahniah untuk kak lyssa