Tips : Memujuk !

31/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v




Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah . Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. 



ehee . Lyssa saja nak kongsikan artikel ni kat korang . yuhuu . Bagi yag single , boleh guna kan tips ini pada masa akan datang . Untuk isteri and suami pun boleh .. eh  :)

 ** Ada lagi kat entri ini ----->> Bila Lelaki Merajuk :) 


Sekian :p


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

34 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
amyrah izzaty
AUTHOR
December 31, 2012 at 11:44 AM delete

hihi , akak mesti penah merajuk

avatar
amyrah izzaty
AUTHOR
December 31, 2012 at 11:44 AM delete

hihi , akak mesti penah merajuk kan

avatar
abah khalisha
AUTHOR
December 31, 2012 at 11:46 AM delete

kalau puas pujuk bt dek...bt tak tau je senang.hehe

avatar
araa cruch
AUTHOR
December 31, 2012 at 11:50 AM delete

IM FOLLOW YOU .. nice blog , kalu sudi follow laa ara ..tq http://ndamisha.blogspot.com/

avatar
fizafantagirO
AUTHOR
December 31, 2012 at 12:03 PM delete

Ok..akan dipraktikkan ! hihi :)

avatar
Sheila Eiman
AUTHOR
December 31, 2012 at 12:05 PM delete

wahhh.. tipss yang menarik...
boleh cuba untuk masa yang akan datang.. thanksss sis :D

avatar
Aina Hanani
AUTHOR
December 31, 2012 at 12:19 PM delete

Bab nyanyi lagu macam harem. Haha, boleh buat pasangan tuh lagi bertambah merajuk dia kalau suara macam petir. :3

avatar
Nur Zahirah
AUTHOR
December 31, 2012 at 12:32 PM delete

saya orang pertama yang komen dulu.eh pertama ke?kak lyssa ni ade pakwe ke?hehe..

avatar
Hanif Redland
AUTHOR
December 31, 2012 at 1:20 PM delete

Kalau merajuk bagi coklat je..hehe..tp ni untuk kanak-kanak yea..kalau pakwe/makwe xblh pakai tips ni..hehehe..

avatar
Miss Xyz
AUTHOR
December 31, 2012 at 1:55 PM delete

Merajuk sikit2 tu tak pelah. Tapi kalau merajuk twenty pour ours hurm macam nak-tak nak jela pujuk. Jadi jangan asyik merajuk pulak kan?

avatar
Atyra Pink
AUTHOR
December 31, 2012 at 2:32 PM delete

NICE.. ALAA SWEETNYE YANG CARA NAK PUJUK TU!! :'D

avatar
Remy hazza
AUTHOR
December 31, 2012 at 2:37 PM delete

thanks for the tip lyssa......
tapi tak elok merajuk selalu..... hilang kemanisan....

avatar
December 31, 2012 at 3:06 PM delete

suka - suka - suka !
thanks kak lyssa sebab bagi saya 1 idea untuk tambah entry saya :D saya ada masukkan nama kakak dalam entry tuu .

http://dakbluer.blogspot.com/2012/12/bercinta.html

avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
December 31, 2012 at 5:19 PM delete

salah satu cara mas klu nak pujuk or org pujuk mas, tukar topic..hihihi..

avatar
Aliff Haikal
AUTHOR
December 31, 2012 at 8:17 PM delete

pernah tengok istanbul aku datang? macam mana tomok pujuk lisa. hehehe sweet je !

avatar
Atirah ★
AUTHOR
December 31, 2012 at 9:03 PM delete

wowww! :O :D nice tips kak. hihi :)

avatar
yayahnasake
AUTHOR
December 31, 2012 at 9:09 PM delete

untunglah kalau dapat boy yang romantik dan pandai memujuk tetapi ada juga lelaki yang k o dalam hal2 macam ini. hhaaiihhh.....

avatar
wanayu
AUTHOR
December 31, 2012 at 11:46 PM delete

pujuk la dengan cara yang betul.. jangan la plak yang merajuk tu merajuk lama2 kang yang pujuk tu plak merajuk.

avatar
January 1, 2013 at 12:18 AM delete

law abg long majuk sape nk pujuk erk?
cu cite...cu cite... :)

avatar
boni kacak
AUTHOR
January 1, 2013 at 7:29 AM delete

cepat angkat phone.saya nak menyanyi untuk lyssa ni sebab nak pujuk lyssa. janganlah merajuk lagi.. saya tercuri stokin awak secara tak sengaja..ingatkan kain sarung sugar glaider, rupanya stokin

avatar
January 1, 2013 at 10:53 AM delete

sweet tol tips lyssa ni..setuju sgt! :)

avatar
Misz Yue
AUTHOR
January 1, 2013 at 10:57 AM delete

merajuk tu prkara wajib klu bpsangan ni..huhu..tp lg pnat nk pjuk llaki ni..wutever it is pjuk je lah ur partner tu klu dorg mrajuk.ntkn klu biar lelame ssh plk..ye idok??

avatar
sa mic
AUTHOR
January 1, 2013 at 9:12 PM delete

Nak pakai tip ni bila dah kahwen nanti ,kihkih xD

avatar
Lyranadya
AUTHOR
January 10, 2013 at 7:52 PM delete

that's all true....jom follow my blog sambil buat bisnes okey ;)
Siapa nak tahu tentang bisnes online Premium Beautiful Korset dan macam mane nak jana income besar melalui this bisnes, dapat free trip dari company seperti Shanghai, Paris, Holland etc, dapat car fund and boley pilih nak pakai kereta ape, semuanya I boley explain. So, pm saya jika berminat nak tahu atau set appointment dengan saya. Nadia- 0179062795

http://lyranadya.blogspot.com/2012/12/why-i-choose-premium-beautiful-business.html

avatar
Cahaya Aisyah
AUTHOR
January 13, 2013 at 2:30 PM delete

nak cuba tips nie . hehe

avatar
Mas Zull
AUTHOR
January 15, 2013 at 1:17 PM delete

assalamualaikum Lyssa...kalau dah merajuk tu kenalah pandai2 pujuk...;)

avatar
TanpaNamaDer
AUTHOR
March 24, 2013 at 2:33 PM delete

malasnya kalu bab nak memujuk neh :P

avatar
CIK i l y
AUTHOR
April 9, 2013 at 8:13 PM delete

kadang2 penat dah bertolak ansur je.. *tapi org xde si Dia lagi.. hehe*

avatar

Google+ Followers