Tips : 7 Cara Mengelakkan Gastrik Ketika Berpuasa

.Assalamualaikum ♥


Hi korang . Well ! Tak nak sakit kepala masa berpuasa ? Boleh tengok --> ENTRI INI ..
Apa ? Bibir kering time berpuasa ? Usha sini cepat ---->> KLIK SAJA !  

Ok . So now , Lyssa nak share pulak tips untuk mengelakkan jadi gastrik semasa berpuasa .
Boleh baca point point di bawah ni ye ...









1. Menu Berbuka Puasa Yang Ala Kadar dan Ringan Tetapi Sihat




Kadang-kadang , sakit perut semasa berpuasa ni , bukan lah disebabkan gastric tetapi tabiat dalam pemakanan seseorang itu. Seseorang haruslah makan sedikit demi sedikit secara berperingkat apabila berbuka supaya perut anda yang sehari berehat tu tak "terkejut beruk" bila tiba-tiba makanan masuk. Seeloknya berbuka dengan makanan manis semulajadi seperti buah kurma atau buah-buahan lain yang kurang berasid. Perbanyakkan minum air kosong, ambil hidangan sup ataupun manisan. Berehat sebentar dan tunaikan Solat Maghrib . Lepas tu , barulah anda ambil makanan yang berat seperti nasi dan lain-lain. 

2. Makan Sedikit , Tetapi Kerap !



Sepatut dan sebolehnya , anda yang berada dalam keadaan gastrik tidak perlu mengambil makanan secara sekaligus dalam kuantiti yang banyak. Amalkan pengambilan yang sedikit tetapi kerap untuk memberi ruang kepada keselesaan sistem penghadaman perut. Ini dapat mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut dan juga dapat mengawal paras gula dalam darah semasa proses metabolisme tubuh.


3. Lewatkan Sahur , dan Cepatkan Berbuka Puasa




Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: “Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.” [Hadith Imam Ahmad] 

Sesungguhnya amalan yang dianjurkan dalam sunnah Rasulullah ini mengandungi hikmahnya tersendiri. Dari aspek nutrisi, melewatkan sahur dapat mengurangkan rasa lapar, dahaga dan keletihan ketika puasa di siang hari. Dengan ini jarak waktu antara sahur dan berbuka dapat dioptimumkan sebaiknya terutama bagi penghidap gastrik. Selain itu, elakkan juga tidur selepas bersahur kerana aktiviti aktif sistem penghadaman perut akan menyebabkan rasa tidak selesa pada perut yang mungkin boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.


4. Makan Makanan Yang Mengandungi Sulfur





Ramai yang akan fikir dan menganggap bahawa serangan gastrik lebih kerap berlaku di bulan puasa kerana bila tiada makanan , keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, dan maknya rembesan asid dalam perut kita akan menurun. Jadi anda kena perbanyakan makan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli , kubis dan bawang putih , atau sayur2ran hijau :)


5. Elakkan Minum Minuman Yang Berkafein Ketika Berbuka




Ini mesti ramai antara korang yang sudah tahu kan ? Tak bagus sebenarnya berbuka dengan minuman berkafein . So , cubalah elakkan dari minuman yang mengandungi kafein contoh kopi, teh ataupun nescafe  . Sebab apa ? Sebab , ia merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.  Minuman berkafein bersifat diuretik yag menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Tapi jangan risau . Kalau macam ketagih sangat macam aku ni .. yang tagihkan minuman berkafein , haha .. Boleh je nak ambil selepas Solat Terawikh . Tapi cuma jangan minumnya semasa berbuka .


6.  Elakkan Makanan Tinggi Lemak



Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.


7. Makan Secara Sederhana





Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.


Itu sahaja TIPS yang boleh Lyssa kongsikan kepada korang berdasarkan pembacaan Lyssa dan pengalaman :)


Terima Kasih Sudi Baca ...



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
July 9, 2015 at 10:28 PM delete

singgah follow di sini juga :) btw informasi yang menarik :)

avatar
September 19, 2015 at 7:48 AM delete

alhamdulillah setakat ni masih belum ada gastrik. alhamdulillah..

avatar
September 19, 2015 at 7:48 AM delete

cakap pAsai bulan pose , rindu pulak ramadhannnn :"(

avatar

Google+ Followers