INFO | Punca dan Sebab Kenapa Sering Buang Air Kecil ?

.Assalamualaikum



Hmm . Kat sini siapa yang kerap hadapi masalah macam ni ? Lyssa mengaku Lyssa salah seorang yang sering buang air kecil . Kadang rasa macam bagus sebab kita selalu buang air kecil . Bila dah buang air kecil , sekaligus toksik kotor dalam badan buang terbuang sekal . Tapi kadang tu terfikir juga , " aku ni ada penyakit apa lah sampai selalu sangat pi toilet , terkencing bagai . kadang tu tidur tengah malam selalu sangat terjaga pukul 3 - 4 pagi sebab nak ke toilet buang air kecil . " hm .

Ada tak antara korang yang hadapi masalah yang sama dengan saya ? Pernah ke korang search google pasal benda-benda ni semua ? Pernah ke korang tahu apa sebab korang kerap buang air kecil ? Kalau tak tahu , kat sini Lysa nak share kat korang apa sebab sering kali membuang air kecil .





Ini lah antara sebab musabab nya :

1. Kapasiti pundi kencing. Pundi kencing wanita lebih kecil daripada lelaki sehingga lebih cepat penuh.

2. Haid. Hormon dalam tubuh wanita terus berubah sepanjang bulan. Tepat sebelum haid , seorang wanita biasanya menahan sejumlah cecair. Beberapa saat selepas haid bermula , cecair tambahan itu meninggalkan tubuh. Hal ini menyebabkan buang air kecil lebih banyak dan sering.

3. Kehamilan. Pada awal kehamilan , tekanan uterus (rahim) ke pundi kencing membuat wanita harus buang air kecil lebih kerap. Buah pinggang juga bekerja lebih cepat selama kehamilan dan menyebabkan pengeluaran air kencing yang lebih banyak. Aksi hormon tertentu selama kehamilan membuat dinding pundi kencing lebih lembek dari biasanya, yang juga meningkatkan dorongan untuk buang air kecil.

4. Sistitis. Cystitis adalah jangkitan saluran kencing di mana uretra dan pundi kencing meradang oleh bakteria. Gejala utama cystitis adalah dorongan kuat untuk buang air kecil, namun hanya sejumlah kecil air kencing yang keluar. Saluran kencing, perut dan punggung bawah mungkin terasa sakit.

5. Diabetes. Pada pesakit diabetes, gula dalam darah yang tinggi (lebih dari 250 mg / dL) meningkatkan kepekatan (osmolalitas) darah. Hal ini cenderung untuk menarik cecair keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah melalui osmosis. Buah pinggang anda mendapatkan peningkatan beban cecair untuk diolah, sehingga meningkatkan kekerapan kencing.

6. Minum berlebihan. Beberapa orang kehausan terus-menerus sehingga banyak minum.Pada akhirnya, kelebihan cecair itu harus dibuang dengan sering buang air kecil. Dalam kes seperti ini, anda perlu mencari punca rasa haus. Memakan sesuatu yang mengandung garam tinggi boleh menyebabkan rasa haus dan itu normal. Namun, jika anda selalu haus tanpa alasan yang jelas, sebaiknya berunding dengan doktor. Salah satu kemungkinan penyebabnya adalah diabetes.

7. Kafein. Kafein boleh mempengaruhi hormon antidiuresis (ADH). Hormon ini bekerja untuk memastikan bahawa tidak terlalu banyak air yang dikeluarkan ke dalam air kencing. Kafein mempunyai kesan menghalang ADH sehingga menyebabkan lebih banyak air yang dikeluarkan dalam air kencing dan lebih sering buang air kecil. Oleh kerana itu, anda disyorkan untuk meminum segelas air putih untuk setiap cawan kopi yang anda nikmati.

8. Ubat. Beberapa ubat-ubatan mempunyai kesan diuretik yang menyebabkan lebih sering kencing untuk sementara. Anda akan kembali normal selepas berhenti meminumnya.

9. Pundi kencing hiperaktif. Orang yang mempunyai pundi kencing terlalu aktif mempunyai keperluan untuk buang air kecil sangat sering dalam beberapa saat dan kemudian mungkin berhenti. Orang tua lebih terdedah kepada keadaan ini kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit yang menyebabkannya. Pundi kencing hiperaktif juga boleh terjadi pada mereka yang tertekan secara emosi atau kemurungan.

10. Pembesaran prostat. Pembesaran prostat boleh menyebabkan kekerapan kencing lebih kerap kerana iritasi pundi kencing, yang membuat dorongan lebih sering untuk kencing.Prostat yang menekan uretra juga membuat pengosongan pundi kencing tidak sempurna dan sebahagian air kencing masih tersisa. Hal ini membuat pundi kencing lebih cepat penuh dan sering buang air kecil.

11. Gangguan hormon. Hormon manusia sangat kompleks dan beberapa di antaranya dapat mempengaruhi sistem kencing. Jika anda mempunyai banyak gejala yang tidak jelas, termasuk sering buang air kecil, mungkin penyebabnya adalah gangguan hormon. Turun naik kecil dalam tahap hormon sering berlaku (terutama pada wanita) dan biasanya tidak serius.

12. Keadaan lain. Keadaan lain yang boleh menyebabkan polyuria adalah penyakit buah pinggang polisistik , penyakit anemia sel sabit , pielonefritis , amiloidosis , sindrom Sjogren , dan myeloma 



Apa yang Lyssa dapat simpulkan di sini , antara sebab Lyssa kerap kencing mungkin disebabkan Lyssa terlalu minum air mineral yang banyak . Tambahan pula , Lyssa ni rajin juga minum minuman yang berkaefin . Tapi coffee yang mengandugi collagen lah . Lain kali Lyssa share coffee jenis apa yang Lyssa minum . 

Tapi , Lyssa haraplah , tak de penyakit lain yang tersangkut kat badan Lyssa ni . Takut jugak kalau-kalau terkena penyakit kronik seperti diabetis , kencing manis , penyakit buah pinggang dan lain-lain . Hm . Mintak simpang la ...

Apa-apa pun kat sini ada sedikit tips yang nak Lyssa kongsikan bersama :

TIPS UNTUK ANDA

Untuk mencegah buang air kecil terlalu sering, langkah berikut mungkin membantu: 
  • Jangan minum terlalu banyak menjelang tidur di malam hari.
  • Kurangkan minuman berkafein (kopi, teh, coklat, coke).
  • Jika anda diabetes, lakukan kawalan gula darah dengan diet, sukan dan ubat-ubatan.
  • Mintalah doktor untuk menetapkan ubat alternatif yang tidak bersifat diuretik.
  • Rujuk dengan doktor bila anda bimbang sering buang air kecil adalah tanda adanya penyakit yang serius.

Mungkin untuk mengurangkan minum minuman terlalu banyak dan kurangkan minuman berkaefin tu akan Lyssa turuti . InsyaAllah .* Tapi kalau dah ketagih macam mana pulak . Errrr .....


TerimaKasihSudiBaca ..
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

20 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
nona senyum2
AUTHOR
August 14, 2015 at 3:38 PM delete

nona minum byk air sebab amek kolagen dan,, on diet, bile laporr je, terus telan air, kasik cover lapar, boleh tak ek yg tuuu~

lysa, leh x tolong up entrimacam mana kalau entri kite tak dapat dilihat orang lain?

rss tu kat belah mana ek? if tukar url, ade effect ker takk

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 14, 2015 at 3:57 PM delete

Akak kurang minum air manis..biasanya air mineral la lyssa..memang kerap keluar masuk toilet..lebih baik lawas kencing daripada toksid terkumpul dalam badan..

avatar
beat
AUTHOR
August 14, 2015 at 4:27 PM delete

saya jarang minum.

avatar
August 15, 2015 at 1:12 PM delete

memang leceh kan kalo kencing balik2

avatar
August 17, 2015 at 9:20 PM delete

bab minum air tu punca jugak tu..ye lah dah banyak minum mesti nak keluar jugak nanti.

avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
August 19, 2015 at 4:57 PM delete

Waktu hamil dlu mmg jerap buang air kecil...tgh tdo pon blh terbangun tiga empat kali sebab nao buang air..

avatar
September 5, 2015 at 1:58 AM delete

saya pun sama selalu nak terkncing padahal baru lepas kencing.
oh baru tahu.

avatar
September 19, 2015 at 7:47 AM delete

saya ni memang salah seorang pencinta air masak. sekali minum dua gelas . pastu sejam sekali memang kene minum . hahahaha

avatar
September 19, 2015 at 7:49 AM delete

btw, saya pun ade jgk kengkadang kencing kerap kali , letih ah asyik ulang alik ke tandas , lgi2 time nk tido kan..

avatar
Shin Hyo Bin
AUTHOR
November 16, 2015 at 10:33 AM delete

Saya tak minum air..kalau minum pon kdg 2x jerk..aritu..1 kali sehari..smalam ngan ari ni langsong x minum air...tpi asyik nk buang air kecil jerk...mlaslarh asyik gi toilet jerk....

avatar
lehasyaratul
AUTHOR
November 28, 2015 at 12:32 AM delete

Mmmm dlu saye xdela sering buang air kecil,tp.sejak saye kwen sering2 buang air kecil mmm,naek pnt dah,nk ckp mnom air bnyk x pon...

avatar
Kim Chaa
AUTHOR
December 23, 2015 at 1:34 AM delete

Lepas baca entry nii terus lari ke tandas ..heeeee .. Salam kenal kak Lyssa ^ ^
http://kimchaa.blogspot.my

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
January 12, 2016 at 11:03 PM delete

Terima kasih infor ini ya...

avatar
Eika Schapika
AUTHOR
January 27, 2016 at 3:23 PM delete

baru je minggu lepas kena jangkitan kat saluran kencing. seksa sangat sampai nak buat apa apa pun tak selesa. pegi wad kecemasan terus and doktor bagi ubat. serik dah nak minum air manis2 lagi. seksaa wooo

avatar
ida muaniez
AUTHOR
March 3, 2016 at 6:37 PM delete

saya kalau di kawasan pergunungan juga pengen buang air kecil terus mbak

avatar
Santijah81
AUTHOR
March 11, 2016 at 7:02 PM delete

Saya pon jarang minum..tp klw da kuning tu sy minum bnyk la..kat c tu stat kencing2...tu normal ke??

avatar
Perawat Islam
AUTHOR
June 15, 2016 at 11:57 AM delete

Ye, saya ada pengalaman beberapa kali terkena jangkitan iaitu sistisis. Memang akan terasa macam nak kencing je, tapi bila dah ke tandas, sikit je yang keluar.

Dan pernah juga saya kencing keluar darah bila kena jangkitan tu.

avatar
Ryosuke Anbu
AUTHOR
June 27, 2016 at 12:43 PM delete

Aku ni lelaki tapi sering pergi kencing, btw dah lama terasa nak cari masalah ni kat En.Google tapi malas,tengah2 nak edit Template blogg , saya pergi la kat website En.Lisa ni tetiba jumpa pulak POST ni..btw thx sgt.. banyak membantu

avatar
Dunia Zumal
AUTHOR
July 8, 2016 at 3:20 AM delete

Thanks atas info Lyssa. Zumal pun tengah hadapi masalah ni sejak raya..

avatar

Google+ Followers