INFO | Bahaya dan Akibat Tahan Kencing Terlalu Lama

Assalamualaikum...

Hi ! Lama naww rasanya tak kasi info-info kesihatan kat korang ek ! Dulu, Lyssa pernah update mengenai punca dan sebab kenapa kita selalu sangat buang air kecil. Tapi, kali ni pula Lyssa nak bagitahu kat korang apa bahaya atau akibat jika kita menahan kencing terlalu lama...

Dalam kehidupan seharian korang, mesti ada juga korang pernah tahan kencing atas sebab-sebab tertentu kan. Tambah-tambah, bila atas highway lepas tu RnR pulak kemain jauh lagi. 

Tahukah korang bahawasanya bahaya kalau kita menahan kencing terlalu lama... ?



Proses buang air kecil menandakan bahawa sistem pencernaan yang ada di dalam tubuh bekerja dengan baik dan normal. Semua kotoran dan sisa - sisa pencernaan yang sudah selesai ditapis dan dibersihkan oleh badan akan keluar melalui air kencing.

Jadi, apa yang bahayanya kalau kita menahan kencing ?

1. Menahan Pembuangan Kotoran Dalam Tubuh. Bahaya menahan buang air kecil terlalu lama yang pertama adalah membiarkan kotoran berada di dalam tubuh lebih lama. Apabila anda menahan untuk membuang air kecil, ertinya anda menunda dan mengumpul kotoran - kotoran sisa pencernaan di dalam tubuh anda. Hal ini bermakna tubuh anda harus menyimpan kotoran lebih lama. Kotoran - kotoran tersebut mengandungi banyak zat - zat yang berbahaya bagi tubuh, yang mana akan menimbulkan jangkitan apabila terlalu lama disimpan atau ditahan di dalam tubuh.

2. Mengganggu Proses Pencernaan. Dengan menahan buang air kecil, maka secara tidak langsung anda akan mengganggu dan merosakkan proses pencernaan yang berlaku di dalam diri anda. Ketika proses pencernaan sepatutnya sudah selesai, namun tidak dibuangnya, maka hal tersebut dapat mengganggu proses pencernaan seterusnya. Proses pencernaan seterusnya boleh mengalami proses yang cukup maksimum dan ditangguhkan kerana anda belum membuang sisa hasil pencernaan sebelumnya

3. Dapat Mengganggu Organ-Organ Pencernaan. Dengan terganggunya proses pencernaan, maka organ - organ yang bertugas untuk melancarkan proses pencernaan pun akan terganggu. Beberapa organ seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran kencing akan sangat terganggu fungsinya.

4. Akan Timbulkan Penyakit dan Jangkitan Pada Organ Pencernaan. Dengan menahan buang air kecil, maka anda akan 'melancarkan' tubuh anda untuk mengalami penyakit - penyakit yang berkaitan dengan organ pencernaan. 

Berikut adalah beberapa penyakit organ pencernaan yang boleh terjadi ketika anda menahan untuk membuang air kecil :

Jangkitan Pada Ginjal (Buah Pinggang)

Jangkitan pada buah pinggang disebabkan oleh terkumpulnya air kencing yang seharusnya dikeluarkan pada bahagian buah pinggang. Jangkitan pada buah pinggang boleh berpengaruh pada:
  • Kitaran Pembuangan air kencing
  • Pendarahan Ketika Melakukan Buang Air Kecil
  • Terjadinya Gagal Ginjal
* Note : Jangkitan pada buah pinggang masih boleh diubati dengan cara menghentikan kebiasaan menahan buang air kecil dan rajin minum air mineral.


Gagal Ginjal (Buah Pinggang)

Dengan terkumpulnya kotoran yang berasal dari air kencing yang seharusnya dikeluarkan, maka buah pinggang akan mengalami kerosakan apabila menampung air kencing terlalu lama. Hal ini biasa disebut dengan istilah "gagal buah pinggang". Apabila gagal buah pinggang sudah terjadi, maka:

  • Buah pinggang tidak mampu menapis dan membuang kotoran - kotoran sisa pencernaan
  • Kitaran pencernaan akan menjadi kacau dan semakin buruk

* Note : Kegagalan buah pinggang adalah satu langkah yang sudah parah, dan tidak boleh diubati. Kegagalan buah pinggang hanya boleh diatasi dengan cara melakukan pendermaan pada buah pinggang pesakit.


Batu Buah Pinggang (Batu Karang)

Batu pada buah pinggang akan terbentuk apabila air kencing yang terkumpul pada bahagian buah pinggang mula membeku dan mengalami pengerasan. Pengerasan ini boleh terjadi, kerana air kencing mempunyai kandungan Kristal -(kristal garam), yang akan membeku dan mengeras apabila semakin bertambah banyak. Batu buah pinggang akan membuat terjadinya:

  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Rasa sakit dan perih pada saat melakukan buang air kecil
  • Sukar melakukan buang air kecil
  • Rasa sakit pada bahagian ulu hati

* Note : Untuk mengatasi batu ginjal yang sudah terjadi, maka harus dilakukan operasi pembedahan untuk mengangkat dan menghancurkan batu buah pinggang yang muncul.


Jangkitan Pundi Kencing

Air kencing merupakan sisa pencernaan yang mempunyai banyak bakteria dan kotoran yang tidak baik bagi kesihatan tubuh. Dengan terkumpulnya air kencing, akan menimbulkan jangkitan pada bahagian pundi kencing. Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria - bakteria yang melekat pada bahagian pundi kencing. Jangkitan pada pundi kencing dapat dirasakan apabila:

  • Muncul rasa sakit pada perut bahagian bawah
  • Muncul rasa sakit semasa buang air kecil
  • Buang air kecil lebih kerap dengan jumlah yang sedikit
  • Buang air kecil dengan disertai pendarahan

Jangkitan Saluran Kencing

Sama seperti jangkitan pada pundi kencing, jangkitan pada saluran kencing juga boleh berlaku kerana adanya bakteria dan kotoran yang melekat pada bahagian tersebut. Jangkitan pada saluran kencing juga mempunyai gejala - gejala yang sama dengan jangkitan pundi kencing.

Apabila anda sudah merasakan gejala - gejala seperti di atas, maka anda perlu membuat pemeriksaan perkara tersebut kepada doktor. Biasanya penyakit yang berkaitan dengan terganggunya proses pencernaan memiliki gejala - gejala yang sama, sehingga doktor pun akan mengetahui gangguan apa yang terjadi pada organ pencernaan anda.


Adakah menahan buang air kecil boleh menyebabkan kanser?

Mungkin akan muncul satu soalan penting dari anda, sama ada dengan menahan buang air kecil akan menimbulkan kanser? Pada dasarnya, proses menahan buang air kecil sahaja tidak akan menimbulkan kanser. Namun demikian, beberapa penyakit yang ditimbulkan kerana menahan buang air kecil mempunyai potensi untuk menimbulkan gejala - gejala pertumbuhan kanser pada tubuh anda.

Menahan buang air kecil boleh berpengaruh pada jangkitan saluran kencing, jangkitan pundi kencing dan jangkitan buah pinggang. Dengan terjadinya jangkitan tersebut, maka bakteria dan kuman boleh memburukkan lagi jangkitan yang terjadi, sehingga dapat berkembang menjadi sel kanser. Beberapa kanser di bawah ini boleh terbentuk kerana jangkitan yang berlaku pada saluran pencernaan:

  • Kanser Prostat
  • Kanser Serviks
  • Kanser Rahim
  • Kanser Kelenjar

TIPS UNTUK ANDA

Untuk mencegah dan mengelakkan berbagai macam jangkitan hingga kanser yang terjadi kerana menahan buang air kecil berlaku, ada beberapa cadangan yang sangat simple dan mudah untuk dilakukan:

  • Jangan pernah menahan buang air kecil.
  • Selalu minum air putih atau air mineral yang cukup.
  • Makan makanan yang mengandungi serat tinggi
  • Selalu lakukan pemeriksaan ke doktor apabila mengalami gejala - gejala yang dirasa aneh pada bahagian perut dan pencernaan.

Jadi, itulah antara akibat atau bahayanya jika kita menahan kencing terlalu lama... Jadi, untuk elakkan beberapa jangkitan terjadi pada diri kita, korang boleh amalkan tips yang Lyssa berikan di atas ini.. Semoga ianya bermanfaat pada semua.



TerimaKasihSudiBaca ..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
March 24, 2017 at 12:19 PM delete

Betul.. memang tak bagus ni tahan kencing.. kadang2 orang tahan kencing sebab malas nak pergi tahan (masa kerja/exam) dan tu memang membahayakan.

Antara sebab yang selalu nank terkucil ni ialah mengambilan kafien seperti kopi. Memang buat cepat nak kencing

avatar
March 24, 2017 at 12:24 PM delete

@dedauncomel.com

yup!! setuju sangat .... orang tahan kencing kebanyakannya sebab terpaksa..... huwaa... takut bila dapat tahu betapa bahayanya kannn...

avatar
nikkhazami
AUTHOR
March 24, 2017 at 1:36 PM delete

dulu selalu tahan kencing masa naik bas. seksa betul. haha

avatar
Lisa Nurulain
AUTHOR
March 27, 2017 at 5:07 PM delete

tahan kencing kalau kt event atau dalam perjalanan jauh . uhuhu nak taknk kena tahan. lisa pulak jenis kalau mnum air je nti cpt nk kencing

avatar
#JMBELOG
AUTHOR
April 2, 2017 at 4:26 PM delete

terima kasih akak info

avatar
April 5, 2017 at 2:09 PM delete

Bahaya juga kerap tahan kencing ni. Pernah sekali kena 3 tahun lalu. Tak sangka lelaki pun boleh kena kencing kotor juga.

avatar
February 16, 2018 at 9:44 PM delete

Takutnya bila baca kesan tahan kencing ni. Kekadang bukan kita saja2 nak tahan tapu keadaan yang tak mengizinkan. Tandas tak ada, tutuplah macam2 hal lagi.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon