Apabila Netizen Percaya Manusia 'Menghamilkan' Orang Utan [VIRAL]

KECOH di media sosial beberapa hari lalu tentang kisah seorang kakitangan lelaki sebuah zoo di Indonesia didakwa melakukan serangan seksual terhadap seekor orang utan.




Malah, beberapa pihak turut mendakwa orang utan berkenaan hamil akibat perbuatan lelaki tersebut.

Walaupun berita itu kedengaran pelik, namun apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana ramai yang memilih untuk mempercayai cerita yang disebarkan itu.

Kuasa yang dimiliki di laman sosial membuatkan manusia bebas bercerita, malah menokok tambah versi sendiri.

Hakikatnya, berita itu telah disahkan palsu oleh pengurusan zoo yang terletak di Jakarta itu.





Dalam kenyataannya seperti yang dipetik laman tribunnews.com, zoo berkenaan tidak memiliki orang utan seperti yang dilaporkan, malah kakitangan lelaki yang dikatakan telah menghamilkan orang utan tersebut, juga tidak wujud.

Dari segi perubatan, secara semulajadinya, adalah mustahil untuk sperma manusia disenyawakan dengan haiwan.

Persenyawaan antara dua spesis berbeza genetik disifatkan sebagai tidak mungkin berlaku, melainkan jika melalui proses biologi di makmal dengan bantuan teknologi terkini.

Laporan asal berita palsu itu diambil di portal World News Daily Report yang cukup terkenal dalam menghasilkan laporan yang 'diputar belit' atau disensasikan.

Gambar lelaki yang didakwa itu pula adalah seorang pendatang Indonesia yang ditahan di Singapura atas masalah imigresen.



Note : Aduh ! Yang percaya tu pun satu ... Yang menokok tambah tu pun satu ... Takkan la manusia boleh menghamilkan haiwan . Kajian pun dah dibuat . Berita itu tidak benar sama sekali ...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Sofie Adie
AUTHOR
December 23, 2015 at 12:52 AM delete

pelik2 lah manusia zaman sekarang ni...
minta xtermasuk dalam golongan sedemikian..amin..

nak ajak lyssa meriahkan contest #Dearsofie
terima kasih ya! ^_^

avatar
mila
AUTHOR
December 23, 2015 at 5:58 AM delete

adeh mcm2 la nk menarik org baca berita..jht btl..kesian lelaki yg kne viral tu.pemes mukanya hehe

avatar
Katon sumargi
AUTHOR
December 23, 2015 at 7:57 AM delete

Zaman sekarang begitu banyak berita yang aneh - aneh, masyarakat di bikin bingung, mana mungkin monyet bisa hubungan seks dengan manusia,,, tapi kok ada berita seperti itu yah? duh,,, pening saya!!!

avatar
Izyan Balqis
AUTHOR
December 23, 2015 at 10:38 AM delete

lorr, palsu ke? mati2 IQ pkir berita tu betl, rupenye xwujud pun??? ishh3..media nak tarik org bce smpai mcm tu??

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 23, 2015 at 11:08 AM delete

zaman sekarang kan.. yang tiada pun di adaa kan jugak. huhu

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 23, 2015 at 1:00 PM delete

ada gak yang kawin dgn kambing..pastu kata kambing pregnant anak dia la..lagi haru biru

avatar
December 23, 2015 at 4:04 PM delete

Inilah masalahnya bila kita tidak mengambil peringatan dari al-Quran.

Allah berfirman di dalam al-Quran surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

avatar
faris aiman
AUTHOR
December 26, 2015 at 7:56 PM delete

gelinya kalau bernafsukan haiwan

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon