'Hal kematian bukan perkara mainan'- Anak Jins Shamsudin [BERITA PALSU]


Berikutkan tersebarnya sejak semalam berita yang mengatakan pelakon veteran Tan Sri Jins Samsudin, hari ini anak bongsu pelakong berkenaan, Putera Hang Nadim, 24, menafikan berita palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.

Memetik laporan Berita Harian , Nadim menyatakan dia dan keluarga begitu terkejut dengan berita palsu tersebut mengenai bapanya itu.

"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar. 

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. 

Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya.

Menurut Nadim lagi, dia bersama Tan Sri dan ibunya baru sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang,"katanya. - Siakapkeli

Note : Lain kali , jangan ikut sedap mulut je cakap orang tu mati la , orang ni mati la .  Hal kematian ni bukan benda main-main . Tak payah nak sebarkan benda atau cerita tak betul. Jaga diri sendiri lagi baik ....

TerimaKasihSudiBaca..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Emy Effendi
AUTHOR
December 17, 2015 at 11:05 AM delete

hmmm dah agak dah. FB ni tak boleh nak percaya!
org viral je tanpa tau benda tu betul ke tak.

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 17, 2015 at 12:26 PM delete

Kenapa lahhhh...kenapa....subhanAllah...jika betul sedekahkan Al Fatihah...tapi jika tidak betul tolonglah jangan sebar fitnah...

avatar
December 17, 2015 at 1:00 PM delete

demi nak naikkan follower sanggup sebar fitnah..Tak guna pun kalau ada ramai pengikut tapi kosong ilmunya kan

avatar

Google+ Followers