INFO | 7 Tanda Kamu Ego !

Assalamualaikum..

‘Perasan bagus’, itulah yang mampu digelarkan pada si egoistik. Sifat ego tak dapat dilihat di mata kasar, namun kesannya boleh dirasai. Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah akan orang lain. Adakah kamu seorang yang ego? Perhatikan tanda-tandanya di bawah :



Keinginan untuk berubah
Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada identiti diri kamu yang sebenar. Andai kata kamu seorang yang rendah diri, kamu kerap rasa tidak selesa apabila rakan kamu sering dipuji lebih bagus. Situasi ini boleh menyebabkan diri kamu rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan kamu sehingga boleh lupa diri.

Taasub dengan impian
Kamu seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan. Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, kamu gemar lakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang lemah.

Bangga diri
Tanda lain kamu seorang yang ego ialah sikap kamu gemar menceritakan hal tidak benar untuk meyakinkan diri kamu istimewa. Namun, suatu hari nanti kamu akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan kamu sebenarnya mampu berjaya.

Dahagakan perhatian
Tak salah ingin melawak atau bergurau senda sekali sekala. Namun, ia akan memperlihatkan diri kamu ego jika dilakukan secara berlebihan. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.

Ikut kepala sendiri
Berilmu bukan bermakna kamu berhak menentukan setiap tindakan. Tindakan kamu yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara kamu sebenarnya hanya mencerminkan sikap ego. Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, kamu akan mengaku hanya idea serta cara kamu yang betul dan menidakkan pandangan orang lain.

Perasan bagus
Ketika berbual dengan rakan, kamu sering memuji diri kamu seperti fizikal dan penampilan. Hal ini membuktikan kamu membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling. Disebabkan ego, kamu mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa saja yang ingin rapat dengan kamu.

Penting diri sendiri
Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi. Bagi kamu, perasaan orang lain tak perlu dijaga dan dibiarkan saja disakiti. Yang penting, kamu seorang saja mampu gembira dan ia datang daripada tindakan rakan. Tapi cuba letakkan diri kamu di tempat dia, mungkin kamu akan merasai kesakitan yang sama.

Note : Agak-agak , ada tak ciri-ciri korang yang korang rasa tertulis kat atas ni ? Mestilah ada kan ? Manusia memang tak akan lari dengan sikap ego .. Tinggi ataupun rendah sahaja yang membezakannya antara kita ... Lyssa nak tanya , LELAKI dengan PEREMPUAN mana yang lebih tinggi ego nya ? Comment sikit :D

TerimaKasihSudiBaca ..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Lyana Ishak
AUTHOR
December 20, 2015 at 11:25 AM delete

hehehe .. ada .. rasa x tnggi kot .. laki kot la tinggi . hiks =P

avatar
Etuza
AUTHOR
December 20, 2015 at 1:03 PM delete

Asalam Lisa..terima kasih nasihat amat bermanfaat kepada umum. Tak perlulah ego, kerana takala kita ego, kita terus secara langsung ego kepada Allah. kan kita ni Allah ciptakan..sungguh mudah membunuh ego ni, takut sungguh murkanya. Adapun kita blogger hanya mmapu zahirkan infor melalui blog. Tahnia ya infor bagus..
Mohon maaf selalu komen di blog ini.
Lisa tahu kenapa? Kerana secara senyap blog lisa bahagian tutorial menjadikan Etuza ada asas tahu blog..serius selalu klik tutorial pada awal pembabitan etuza pada blog. baguskan..ertinya blog Lisa kini menjadi sumber rujukan..tahnia

avatar
Etuza
AUTHOR
December 20, 2015 at 1:04 PM delete

hidup tak perlu ego. muhasabah diri kita semua ya

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon