LATAR Edar 1,000 Kad Touch ‘N Go PERCUMA 25 Disember

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan sebanyak 1,000 kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM10,000 kepada orang ramai bersempena perayaan Krismas tahun ini.





Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya LATAR, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, kad terbabit akan diagihkan kepada orang ramai di laluan lorong tunai di semua plaza tol LATAR pada 25 Disember ini bermula pukul 6 pagi sehingga kehabisan stok.
“Program ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat Lebuhraya LATAR dan sebagai tanda penghargaan khasnya kepada para pengguna setia Lebuhraya LATAR di atas sokongan yang diberikan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Fuad berkata, pemberian Kad Touch ‘n Go percuma itu juga bertujuan menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik.
Menurutnya, pelaksanaan sistem bayaran tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya di Malaysia akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
“Penggunaan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG semestinya akan memudahkan serta melancarkan perjalanan anda selain dapat mengelakkan daripada beratur panjang dan mengurangkan kesesakan di plaza tol,” katanya. – Sumber

Note : Haaaa , siapa yang tak ada Kad Tounh 'n Go lagi tu , boleh lah dapatkan secara PERCUMA di Lebuhraya KL - Kuala Selangor di lorong tunai nanti .... Ingat ye. Lagi 3 hari :D


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

Google+ Followers