Lelaki 'Alim' Kantoi

Bagan Serai: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berpura-pura alim, namun sebenarnya aktif menjalankan kegiatan mencuri barangan jemaah wanita ketika bersolat membabitkan dua masjid berasingan di sekitar daerah Kerian, di sini Ahad lalu.

Suspek berusia 28 tahun dan dikenali sebagai ‘Lutung’ itu mempunyai empat rekod jenayah lampau serta berjaya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Jalan Baru, Alor Pongsu, dekat sini, jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bahktiar Yaacob berkata, satu pasukan khas ditubuhkan selepas berlaku dua kejadian curi di dua masjid iaitu pada 3 Oktober di Masjid Tebuk Panchor dan 8 Disember di Masjid Tinggi, di sini.

Menurutnya, dua wanita terbabit membuat laporan polis berikutan beg tangan mereka dilarikan pencuri sewaktu menunaikan solat di masjid itu dan susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan suspek.


Barangan yang dirampas


“Hasil maklumat awam pada 13 Disember lalu, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bagan Serai, Inspektor Azhazarul Khairi Ab Hamid, menyerbu sebuah rumah yang beralamat di Jalan Baru, Alor Pongsu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. - hmetro


Note : Sebab tu , sekarang ni jangan kita mudah percaya dekat orang . Konon kita ingat dia alim , dia nampak baik . Tapi , hakikatnya ? Macam ni lah . Dah terkena tak boleh buat apa . Jadi hati-hati lah kita sebagai manusia di luar sana . Terutama bagi sesiapa yang letak beg tangan merata-rata kat masjid tu. Kalau boleh jangan letak bahagian belakang. Letak depan kita sudah. Kita mana tahu, semua orang bukan lah orang baik seperti yang kita sangkakan . So, beware !
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Ciktie
AUTHOR
December 16, 2015 at 9:23 AM delete

betul tu..
jangan ingat semua orang tu baik walaupun kita dituntut tuk bersangka baik sesapa kita

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 16, 2015 at 9:37 AM delete

Tepat...susah dah nak nilai orang sekarang ni lyssa..sebabnya di tempat beribadah pun sanggup dan berani buat perkara tidak elok..dah tak ada rasa hormat pada masjid...surau...

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 16, 2015 at 10:04 AM delete

akak kalau g surau ke masjid ke tak kan bawak beg duit..bawak pun beg bedak dgn lipstik..

avatar
December 16, 2015 at 1:35 PM delete

kalau pergi masjid dekat2 rumah.. xyahla bawak brg2 berharga..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon