Peniaga Vape Dijangka Rugi RM50 Juta


KOTA BHARU 16 Dis. – Lebih 350 peniaga rokok elektronik atau vape dijangka mengalami kerugian kira-kira RM50 juta ekoran keputusan kerajaan Pas Kelantan mengharamkan penjualan barangan tersebut di negeri ini berkuat kuasa awal tahun depan.

Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVMM) Kelantan, Mohd. Azlee Che Mohd Zaid berkata, ini kerana pihaknya mengeluarkan modal yang tinggi mencecah ratusan ribu ringgit untuk memulakan perniagaan tersebut.

Justeru, beliau yang mewakili ahli pertubuhan itu merayu kepada kerajaan Pas Kelantan supaya mengkaji semula keputusan untuk mengharamkan penjualan vape di negeri ini demi kelangsungan hidup mereka.

“Kita juga harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menghabiskan stok peranti dan cecair vape terlebih dahulu sebelum penguatkuasaan tersebut dilakukan.
“Masa yang kerajaan negeri beri kepada peniaga untuk mengosongkan premis masing-masing dalam tempoh 14 hari cukup singkat dan tidak mencukupi.

“Modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai mencecah sehingga RM200,000. Peniaga juga perlu diberi masa untuk ambil kembali modal yang mereka telah laburkan sementara mencari peluang perniagaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berhubung isu penjualan vape kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Kerajaan Pas Kelantan hari ini memutuskan untuk mengharamkan dan tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini.

Abdul Fattah ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, serentak dengan itu, kerajaan negeri juga telah mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape supaya mengosongkan premis masing-masing bermula hari ini.

Malah tindakan tegas termasuk menyita premis perniagaan itu akan diambil sekiranya para peniaga masih berdegil. -Utusan

Note : Artikel ini hanyalah untuk perkongsian umum.

TerimaKasihSudiBaca
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
December 17, 2015 at 9:43 AM delete

kesian pada peniaga2 yang baru nak naik ni tapi nak buat macam mana kan undang2 tetap undang2

avatar
Han Hanni
AUTHOR
December 17, 2015 at 10:24 AM delete

mungkin peluang perniagaan mereka di tempat lain.. doakan yang terbaik untuk mereka

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 17, 2015 at 1:02 PM delete

Memangla berniaga tu satu Sunnah..Tapi disebabkan beberapa pengeluar Vape menyalah gunakannya..maka semua terkena tempiasnya..Tapi ada eloknya tak payah hisap apa-apa..Lagi sihat..Cecair Vape pun dioarang boleh suntik dadah kan..

avatar
December 17, 2015 at 5:34 PM delete

Mungkin rezeki diorang bukan dalam vape ni. Lagipun vape ni kalau bagi Hanis dia telah merosakkan akidah. sama macam merokok. Lama2 boleh dapat kanser. Tapi biasalah, benda yang dilarang tu orang selalu buat,

avatar
December 17, 2015 at 11:16 PM delete

vape difatwakan haram. so sape yg terlibat dapat dosa. kalau sayang nak pergi neraka, sila masuk syurga. ada banyak lagi jenis perniagaan yang boleh dijalankan, tapi knp nak jual benda yang haram jugak kan.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon