Susah Nak Tidur ?

Assalamualaikum ...

Seumur hidup korang , pernah tak korang rasa susah gila nak tidur ? Pernah alami benda-benda macam ni tak ... Badan rasa letih, mata rasa mengantuk , tapi susah nak tidur. Untuk entri kali ni , Lyssa nak kongsikan pada korang apa punca-punca dan cara nak atasi masalah kesukaran untuk tidur.



Insomnia atau 'sukar tidur' sering diakibatkan oleh penggunaan bahan atau ubat tertentu seperti kopi, alkohol, ubat anti-stress dan lain-lain. Selain itu, penyakit susah tidur ini juga merupakan gejala pelbagai gangguan jiwa dari yang ringan hingga ke berat seperti kemurungan dan rasa gelisah atau cemas.

Antara Punca Lain Susah Tidur :


  • Faktor psikologi tekanan atau (stress) yang berpanjangan paling sering menjadi penyebab dari Insomnia jenis kronik.
  • Sakit fizikal seperti sesak nafas pada orang yang diserang asma, sinus, selesema sehingga hidung yang tersumbat boleh menjadi penyebab gangguan tidur. Jika dibairkan penyebab fikizal ini, gangguan tidur atau sukar tidur akan tetap boleh terjadi.
  • Faktor persekitaran yang bising seperti persekitaran lintasan pesawat jet, lintasan kereta api, kilang atau bahkan TV jiran boleh menjadi faktor penyebab susah nak tidur.
  • Gaya Hidup seperti ber-alkohol, rokok, kopi, ubat penurun berat badan, waktu kerja yang tidak teratur, juga boleh menjadi faktor penyebab sukar tidur.

Cara Mengatasi Masalah Susah Tidur :

  • Bersukan - Membuat senaman / bersukan secara teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Namun sukan sebaiknya dilakukan di waktu pagi, bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan rutin bersenam, metabolisme tubuh menjadi lancar sehingga kesihatan menjadi lebih optimum. Dengan demikian tubuh akan lebih mudah untuk melawan stress.
  • Mengelakkan makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur - Makan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa (kembung), akibatnya akan menganggu tubuh sehingga tak boleh tidur. Sementara itu, kebanyakan minum sebelum tidur, akan menyebabkan sering merasa ingin buang air kecil.
  • Tidur dalam persekitaran yang nyaman - Semasa tidur, matikan lampu, matikan alat-alat yang boleh menimbulkan bunyi suara dan pastikan anda selesa dengan suhu bilik tidur.
  • Jauhkan jam dari pandangan - Jauhkan jam meja dari pandangan anda. Mendekatkan jam dengan pandangan boleh membuatkan anda cemas, kerana masih juga belum terlelap padahal jarum jam kian larut. Kecemasan seperti ini pada akhirnya akan membuat anda semakin susah tidur.
  • Minum susu panas - Minumlah susu panas sebelum tidur, kerana ini boleh membuatkan tubuh anda menjadi rileks sehingga lebih mudah tidur.
  • Mandi dengan air panas - Air panas akan menyebabkan kesan sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, air panas juga dapat mengurangkan ketegangan tubuh, dan ini sangat bagus dibiasakan sebagai salah satu cara untuk mengatasi insomnia.
  • Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur - Jangan menonton TV atau membaca buku, sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Hal ini akan membantu tubuh untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ditempat tidur. Semasa berbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.
  • Melakukan aktiviti kelonggaran secara rutin - Boleh mendengar muzik yang boleh membuat rileks, boleh dilakukan untuk membantu proses kelonggaran. Melatih pernafasan atau meditasi juga boleh membantu untuk melambatkan proses yang terjadi dalam tubuh, sehingga tubuh anda boleh menjadi lebih santai. Keadaan seperti ini akan memudahkan anda untuk tidur.
  • Kosongkan fikiran - Hilangkan segala kebimbangan yang menghinggapi fikiran, pecahkan segera masalah anda agar tidak menimbulkan stress dan pemikiran tanpa hujung.

Artikel ini hanya untuk perkongsian umum yang mengalami masalah untuk tidur. Tekan share jika artikel ini membantu . Terima Kasih ...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
najwa zahid
AUTHOR
December 9, 2015 at 1:07 PM delete

lavender bgus utk mudahkan tidur.

avatar
December 9, 2015 at 1:09 PM delete

yup..akak pernah gak beberapa kali memusing2 tak boleh tidur..sampai mandi pukul 1 pagi la..nak bagi badan hilang lesu..baru leh tidur..

avatar
Cik Yanie
AUTHOR
December 9, 2015 at 1:51 PM delete

selalu sgt kak. setiap malam susah gila nak tdur. even pagi ke ptg buat krja pnt2 jrg jgak yanie dpt tidur kalau malam. entahlah, maybe dh jd 1 tabiat. Yanie akan tdur kul 2 -3 pagi hmm

avatar
Ana Fatihah
AUTHOR
December 9, 2015 at 4:07 PM delete

Alhamdulillah, saya jarang sgt ada msalah susah tido ni. Trlebih tido adalaa. Uhukuhuk. :P

avatar
Syamsid Dhuha
AUTHOR
December 9, 2015 at 8:58 PM delete

Thanks for the tips . Sejak kebelakangan ni selalu juga bersukan :D - Syamsid Blog -

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 10, 2015 at 6:34 PM delete

Terima kasih lyssa atas perkongsian ini...

avatar

Google+ Followers