Tak Sedar Jari Hancur

Georgetown: “Pada mulanya saya langsung tidak menyedari kecederaan yang dialami dan cuba berjalan, namun tapak kaki terasa berat serta kebas,” kata Lans Koperal Nik Mohd Afizal Nik Ya, 29, menceritakan detik ketika terbabit dalam kemalangan di persimpangan Jalan Rajawali, Bayan Lepas, di sini, Selasa lalu.



Beliau berkata, berikutan pelik dengan keadaan itu, dia melihat kaki kanannya dan terkejut besar apabila mendapati jari kaki kanannya hancur dan berlumuran darah.

“Saya lihat jari hancur dan terkulai seperti mop. Ketika itu apa yang terlintas di fikiran adalah kaki saya terpaksa dipotong dan akan mengalami cacat kekal.

“Memang saya tidak boleh melihat darah, namun ketika itu saya tetap tabahkan hati dan hanya terbayang wajah isteri serta anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam.

Sementara itu, isteri mangsa, Rohaya Ahmad Din, 28, berkata, setakat ini suaminya sudah menjalani pembedahan memotong semua jari kaki yang hancur itu. -Hmetro

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
December 18, 2015 at 3:55 PM delete

Ya Allah..kesian dia..lepas ni nak kena pakai tongkat atau kerusi roda..macam mana nak sara keluarga..

avatar

Google+ Followers