SUSULAN DAKWAAN KES CULIK NUR AMIRAH


SHAH ALAM – Kertas siasatan berhubung kes penculikan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, pada  27 Disember lalu, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Selasa ini.

Siasatan secara menyeluruh terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan rakan yang bersubahat memberikan tempat tinggal kepada pasangan itu masih lagi berjalan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat, berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dalam jagaan sah.
“Nur Amirah kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini, bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut, manakala teman lelaki dan rakannya itu masih ditahan reman.
“Sekiranya laporan perubatan mendapati Nur Amirah dirogol, teman lelakinya juga akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya yang dipetik portalBH Online pada Sabtu.
Mohd. Yusoff berkata, Nur Amirah, 14 tahun; akan ditempatkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sementara waktu selepas dibenarkan keluar dari hospital itu.
Pada 27 Disember tahun lalu, Nur Amirah dilaporkan hilang secara misteri berdekatan dengan kediaman keluarganya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang dekat sini.
Kes kehilangan mangsa ini mula menjadi viral menerusi laman sosial tempatan selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar secara meluas.
Bagaimanapun, pada kira-kira 7.45 petang 31 Disember lalu, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan bagi menyelamatkan Nur Amirah berjaya menemui remaja itu.
Mangsa dijumpai bersama-sama dengan teman lelakinya itu ditahan di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting dekat sini selepas dikesan di Putrajaya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Jom layan video ni dulu :)

Baca juga :

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Etuza
AUTHOR
January 2, 2016 at 9:47 PM delete

luarbiasa...tak tahu nak cakap..semoga Allah memberi hidayah kepada insan ini ..Allah lebih tahu

avatar
Sofie Adie
AUTHOR
January 2, 2016 at 11:32 PM delete

setuju dengan Etuza...moga kita semua dipelihara iman...

avatar
shaaa
AUTHOR
January 3, 2016 at 2:11 AM delete

kadang sedih dgn prangai anak muda sekrg ;(

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon