Isu ‘Usus Terkoyak’ : Siswa makan nasi kosong berlauk perencah Maggi

Pelajar yang memerlukan makanan percuma berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan makanan dianjurkan kumpulan Food for Mahasiswa (FFM), satu inisiatif pelajar undang-undang universiti ini. — Foto ehsan Facebook/Food for Mahasiswa




KUALA LUMPUR, 9 Jan — “Saya tak terkejut sebab ada yang lebih teruk.
“Ada yang makan Maggi hari-hari. Dia akan makan Maggi kosong sehari satu bungkus tanpa perencah.
“Esoknya perencah yang disimpan itu ditabur untuk dimakan bersama nasi kosong, untuk 'survive' dan dapat jimatkan duit.
“Begitulah situasi teruk yang dihadapi mahasiswa untuk hidup,” kata pengasas bersama Food for Mahasiswa (FFM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi.
Baginya, cerita mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa ikat perut, didakwa sehingga boleh merosakkan usus, “bukan sesuatu yang asing.”
Malah, menurutnya, ramai lagi penuntut berdepan masalah sama kerana beban kos sara hidup yang semakin meningkat walau menerima biasiswa dan meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Di laman Facebook kumpulan kebajikan ini, yang menyediakan makanan percuma kepada 300 pelajar, tertera satu nota bertulisan tangan.
Nota berdakwat biru itu menceritakan seorang pelajar yang mendakwa tidak makan selama tiga hari terpaksa mengambil wang derma masjid sebanyak RM7.85 untuk mencari sesuap nasi.


Begitu nasib melarat di kampus-kampus tempatan akibat kenaikan kos sara hidup.
Khairul Farhan, 25, berkata ada juga keadaan mahasiswa yang tidak layak mendapat bantuan kerana pendapatan ibu bapa yang tinggi.
Namun pelajar itu menghadapi masalah keluarga menyebabkannya terabai dari segi kewangan.
“Pada saya ia bukan isu PTPTN cukup atau tidak. Ada orang berdepan dengan masalah yang kadang-kadang tak boleh nak dielakkan apabila melibatkan kewangan,” katanya kepada ProjekMMO.
Akhbar Harian Metro semalam melaporkan keluhan pelajar sarjana muda psikologi UKM yang sering mengikat perut kerana kesempitan wang sehingga “ususnya tercedera.”
Mahasiswa dari Sabah itu mendakwa duitnya hanya tinggal RM150 selepas pinjaman PTPTN berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran.
Wang itu juga digunakan melunaskan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.
Laporan itu juga menyebut seorang pelajar tahun pertama ijazah komunikasi kerap ponteng kelas kerana sering mengalami gastrik selepas mengikat perut akibat terlalu berjimat, berbelanja hanya RM30 seminggu untuk makan minum dan pembelian buku nota.
Berdepan kemelut itu, Khairul Farhan mencadangkan pinjaman kerajaan kepada mahasiswa disemak kembali.
“Mungkin jumlah pemberian biasiswa dan PTPTN sudah tidak lagi cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tahun semakin tinggi.
“Saya rasa jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan perlu dinilai semula,” kata graduan sarjana muda undang-undang UKM itu.
Mengulas tentang harga makanan di kafe kampus yang dilapor semakin mahal, katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana harga barang yang tinggi dan kelangsungan perniagaan.
“Harga kafe sudah sama dengan harga restoran luar. Kami tidak salahkan kafe sebab kita tahu mereka pun buat bisnes,” katanya.

Baru-baru ini, kaji selidik pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Kajian yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO) itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam IPTA.
Tinjaun dibuat di kalangan pelajar-pelajar Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan UKM.
Kajian juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Qaseh Suhaida
AUTHOR
January 9, 2016 at 3:45 PM delete

Mmg cabaran utk student2 terutamanya yg belajar di bandar

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 9, 2016 at 4:01 PM delete

teruk sgt ni ya allah adoi :((((

avatar
January 9, 2016 at 4:32 PM delete

Sampai begitu sekali ..makan maggi je...kesian kan kalau tak cukup duit macam tu la jadinya.

avatar
Unknown
AUTHOR
January 9, 2016 at 5:35 PM delete

Semakin hari semakin terdesak nak makan, sampai ada yang sanggup berlapar lebih lagi berkenaan dengan kos sara hidup zaman sekarang. Maggie dan seangkatan dengannya memang perlu dielak

Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX

avatar
aeinnamusa
AUTHOR
January 9, 2016 at 5:36 PM delete

Rasa terpanggil nak tolong depa

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 9, 2016 at 6:16 PM delete

SubhanAllah....kesiannya...

avatar
Akim
AUTHOR
January 10, 2016 at 12:34 AM delete

Sekarang nie sume benda dah jadi mahal.. dengan gaji rm3k tu jangan harap cukupla.. hmmm

avatar
January 10, 2016 at 9:47 AM delete

Barang skrg memang mahal.. Tapi ena Alhamdulillah, duit elaun yg ena dapat cukup je satu sem termasuklah nak bayar yuran apa semua.. Pandai2 manage duit.. Selain tu, duit support dari berblog.. Duit parents simpan, akhir tahun boleh pergi holiday dgn family.. Hikhik

avatar
Unknown
AUTHOR
July 7, 2016 at 1:08 AM delete

Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon