#CABARAN20HARI | Aktiviti Di Pagi Raya

.Assalamualaikum ♥


Wahhhh ! Satu hari ni , blog Lyssa tak ber-update kot ! kahkah . Mentang-mentang lah blog dah pulih sepenuhnya semalam . Berlagak ek tak nak update . 

Ceit . Ni pun entry cabaran ... Tiba-tiba #Cabaran20Hari untuk hari ni terasa malas je nak taip ... Berat je jari jemari ni nak menari atas keyboard ...

Tapi tak mengapa . Lyssa cuba gerakkan jadi ni menari tarian ballet malam ni ye .
Apa cabaran kali ni ?

Aktiviti Di Pagi Raya

Aktiviti untuk tahun ni ke , tahun2 sebelum ni . Kite kompius lah . haha . Senang macam ni . Lyssa cerita je lah aktiviti di pagi raya masa dulu-dulu dan sekarang ....


Dulu-dulu ....

Malam sebelum raya , Lyssa wajib balik kampung belah mama di Tapah Perak . Kalau yang duk area tu , mesti tahu kan Kampung Jalan Kachu .. Tak pun , yang pemes pun area tu , Lubuk Katak . haaa . Malam sebelum tu , sampai je rumah Opah , tengok2 opah dah terduduk kat dapur buat ketupat nasi untuk pagi raya esoknya . Bila di kampung , aktiviti pagi raya .. Bangun je Subuh , terus Mandi Sunat Raya . Dapat pahala sunat kat situ . hehe . Kadang2 tu , kalau terlewat bangun , mesti makcik2 dalam rumah tu dah bising .. "Oiyyy.. Bangun2 .. Dan siang dah ni . Korang tak nak beraya ke apa . Bangun laa ..." hahaha . Memang riuh sekali pagi raya tu . Bangun je pakai2 baju siap2 , then pergi la Sembahyang Raya di surau kat kampung tu . Bila balik , nak kena siapkan pulak makanan untuk orang kampung sebab nantinya ada berarak dari rumah ke rumah ... hehe . Itu lah Aktivit Raya Lyssa masa dekat kampung dulu ..


Sekarang ....

Now , dah jarang balik beraya kat kampung . Ntah la . Lyssa pun tak tahu sebab apa . Maybe abah Lyssa sekarang ni dah susah nak dapat cuti kerja kot . Alaa . Biasalaa . Polis kan . Bila raya makin menjadi2 la kerja nye . Tak de laa nak duduk diam . So, sekarang ni .. Aktivit Di Pagi Raya , bangun pagi . Pakai cantik2 pergi Sembahyang Raya .. Then tak lupa juga untuk makan sarapan dengan lemang , ketupat and serunding daging ataupun rendang ayam . Aumm sedappp nye ....

Nahh. Ambik kau curik kat google :p


Then lepas makan ringan2 tu ... Siap2 lah pergi ke kedai gambar nak tangkap gambar raya . Cuci 3 4 keping buat frame besaq besaq , tempek kat umah . hahaha !


Nahh . Untuk santapan mata Raya 2 tahun lepas haha .

Lepas tu , bergegas lah kami sekeluarga pergi balik kampung belah abah .. iaitu di Gurun Kedah .. Kalau abah tak dapat cuti , abah memang akan lari kejap jenguk keluarga , then belah petang balik rumah .. Bukan jauh pun Penang dengan Kedah . haha .  Dekat sini lagi la meriah .. Meriah dengan pak mak menakan ... Semua adik beradik abah balik kan .. 8 keluarga . Memang meriah sakan lah . haha . Orang Kedah ni, biasa la .. Diorang rajin tangan and suka memasak .. Macam2 diorang buat , Bihun Sup , Laksa , Lontong , Ketupat Lemang Rendang wajib ada . Kuih raya tu , memang tok sah kata apa lah .. Penuh satu meja . kahkah .

And tahun ni , tahun 2015 .. Akan jadi macam Lyssa sebut kat atas ni . Kami sekeluarga akan beraya di Gurun Kedah . Maybe tidur kat homestay beramai2 dalam 4 5 family . hihi ..  Biasa lah , Tok Wan dengan Mak Tok dah lama dah tinggalkan kami semua . Sejak Lyssa 6 tahun laa ... Waduh . Sedih ...Al-Fatihah ~

So , itu lah Aktiviti Di Pagi Raya Lyssa Faizureen . Korang pula macam mana ?


Terima Kasih Sudi Baca ....


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
July 12, 2015 at 10:54 PM delete

Beraya di kampung memang menarik.
Walaupun sesak dengan adik beradik ayah atau ibu yang ramai, ia jadi macam hiburan dengan bermacam macam gelagat yang menggelikan hati. Maklumlah jumpa setahun sekali.
Sekarang lepas atok nenek dua-dua belah pihak dah takde , raya dah tak meriah lagi. Balik kampung pun jarang jumpa pakcik atau makcik. Memang sedey arr. Sobb .
Sekian komen dari haji. He he.

Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Tuan. Tq

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
July 12, 2015 at 11:09 PM delete

Tido lena ni sebab masalah dah selesai dengan jayanya..hihu..
Atok nenek belah bba mma akk semua dah tak ada..jadi pagi raya biasanya kami ke pusara lah..itu kalau beraya part family akak la..tapi kalau part mertua..memang akan jumpa atok dulu lepas solat ry and makan makan..bermaafan..dah selesai balik rumah tunggu tetamu datang..esoknya barulah masing masing dengan aktiviti peribadi..wuuuuuu letih..tunggu lyssa dah kawin..family makin besar..adventure dik non..

avatar
July 13, 2015 at 8:48 AM delete

cik enpepagi dah sibuk siapkan makanan.. klu nk bergambar pon dh tengah hari.. ehhehe

avatar

Google+ Followers