'Kalau Cukup Bersih Untuk Anak, Mestilah Cukup Bersih Untuk Kami'

Susulan tersebarnya majlis Baby Shower 'Makan Dalam Pampers' tempoh hari, tampil seorang wanita yang dipercayai salah seorang jemputan ke majlis berkenaan memberikan reaksinya terhadap isu yang telah menjadi bualan hangat netizen. 


Individu tersebut tampil menjelaskan bahawa gambar yang tersebar itu adalah gambar peribadi yang tidak seharusnya diambil tanpa kebenaran. Beliau juga menyelar tindakan sesetengah pengendali laman blog yang tidak mengaburkan wajah rakan-rakannya sehingga mendatangkan kesulitan ke atas tuan empunya badan. 

Jadi, demi keadilan semua, adalah wajar orang ramai memberikan peluang pada mereka untuk memberikan penjelasan. 

"Pada hujung minggu, saya telah menghadiri majlis kesyukuran untuk rakan yang mengandung. Salah seorang penganjur telah mengusik kami untuk menggunakan pampers untuk memakan kek, seperti gelagat 'Teka Coklat Di Pampers'. Ada antara hadirin yang tidak sanggup, tapi ada antara kami yang tidak kisah - seperti dikatakan, kalau cukup bersih untuk anak, mestilah cukup bersih untuk kami.

"Sungguh tidak disangkakan gambar-gambar tersebut diviralkan - beberapa laman telah mengambil gambar tersebut di Instagram tanpa etika atau tatacara, tanpa menyorokkan muka atau nama akaun, dah seterusnya, penuh dengan kemarahan 'keyboard warriors'.

"Setiap individu ada hak untuk berbicara bebas, dan setiap individu juga ada hak untuk membuat yang mereka suka dalam hidup sendiri, selagi tidak menyakiti orang lain dalam proses.

Terdapat, bagaimanapun, adab tertentu untuk setiap keadaan.

"Pertama sekali, ini adalah satu acara peribadi dan jenaka yang diambil di luar konteks. Kami sekumpulan rakan yang sedang meraikan rakan yang lain, dan walaupun, sesetengah orang mungkin berpendapat tindakan itu tidak patut, tidak bermakna anda dapat mengambil gambar peribadi dan menyebarkan ke seluruh Internet.

"Kedua, jika niat adalah untuk 'menasihati', terdapat cara yang lebih baik untuk melakukannya; tidak termasuk jenis komen daripada orang ramai - dari kata-kata memaki ibu mengandung, hingga bermacam-macam kata kasar yang lain.

"Sebagai manusia, memang ada salah silap, tapi itu lah kekurangan kami semua sebagai manusia. Mungkin mereka telah mendapat teladan daripada peristiwa ini, tapi dosa kata-kata kasar boleh la tanggung sendiri. Bukan tak boleh tegur, tapi buat lah dengan cara yang baik, sebagaimana akan menegur keluarga sendiri.

"Saya berharap orang-orang ini belajar untuk menjaga kata-kata mereka, dan mengharap bahawa karma tidak melantun kembali kepada anda apabila membuat kesilapan dan mengumumkan keaiban anda kepada dunia," katanya. 


TerimaKasihSudiBaca

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Emy Effendi
AUTHOR
December 16, 2015 at 6:54 PM delete

Gambar tu peribadi? Kalau peribadi, takkan la nk post kt instagram. Hahaha adoi.
Fikir positif. Mungkin selera dia makin bertambah makan atas pampers. *ew*

avatar
afzalsukasuki
AUTHOR
December 16, 2015 at 7:27 PM delete

Mereka bergurau. Ada org xpuas hati amik gambar kat insta. Org hentam

Kesimpulan cerita. Bergurau biasa2 udah le

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 16, 2015 at 8:16 PM delete

ada hikmah gambar ini diviralkan.
sebagai pengajaran buat semua.
jangan melakukan sesuatu diluar tabie.
tak ada orang pakai seluar dibadan.
tak ada orang pakai baju dikaki.

my one cent comment.



avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 16, 2015 at 8:32 PM delete

yang dah lepas biarkan berlalu...jadikan sempadan...moga tidak diulangi lagi..setiap yang berlaku ambil pengajarannya..kita semua kena ambil pengajarannya..

avatar
December 17, 2015 at 7:50 AM delete

dah sapa suruh buat benda pelik2..dah tu org hentam...

avatar
December 17, 2015 at 8:21 AM delete

once u have put in social media so it's not count as privacy~

avatar

Google+ Followers