KES AMIRAH : 'Cukup Sebar Aib Keluarga Kami'

Kuala Lumpur: “Cukuplah dengan apa yang berlaku...sebagai bapa, saya memohon kepada pihak berkenaan supaya menghentikan penyebaran video parodi terbabit.

“Mungkin mereka yang merakamkan video berkenaan masih belum berkahwin atau memiliki anak.

“Apabila tiba masa kelak, saya percaya mereka pasti faham betapa sukarnya (mendidik zuriat),” kata bapa kepada remaja perempuan berusia 14 tahun yang mereka cerita dirinya diculik, Abdul Majid Landu, 40.

Menurut Abdul Majid, dia akur dengan dugaan yang diterima dan berharap masyarakat tidak terus menuding jari dan mencemuh keluarganya.

“Mungkin hari ini hari saya (diduga). Namun, sebagai bapa dan bagi pihak Nur Amirah Atirah sendiri, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Hentikanlah segala bentuk penyebaran tidak kira rakaman audio mahupun video parodi. Sudah-sudahlah menyebarkan aibkan keluarga kami,” katanya sebak.

Jelas Abdul Majid, dia menerima semua yang berlaku dan menganggap kejadian itu sebagai iktibar serta pengajaran terbaik buat keluarganya.

“Baik atau buruk, Nur Amirah tetap anak saya. Begitupun, saya harap apa yang berlaku kepada keluarga kami ini dapat menjadi teladan terbaik buat semua,” katanya.

Semalam, rakaman perbualan Nur Amirah mereka cerita dirinya diculik dari kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, terus viral di laman sosial berikutan dijadikan bahan parodi menerusi aplikasi telefon pintar Dubsmash.

Video pendek berdurasi satu minit 32 saat itu mengajuk kembali rakaman perbualan telefon antara Nur Amirah dengan kakak angkatnya, Noor Fazila Misnan, 23.

Berlatar belakangkan ruang dalam rumah dan ceruk bilik, video itu dilakonkan seorang lelaki berpakaian wanita dengan memek muka mengejek.

Video itu bukan saja dikongsi ramai pengguna laman sosial, malah turut disebarkan pemilik portal sebagai bahan jenaka. - hmetro

Rakaman Video yang tersebar di media sosial 

Baca juga :


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

13 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
January 4, 2016 at 9:36 AM delete

Jadikan pengajaran berguna untuk kita semua...tamatkanlah...baik ambil...kurang baik lontar jauh jauh...oleh itu wahai anak...sebelum bertindak sesuatu ingat ibu bapa..adakala kesannya tidak terduga...

avatar
Mila Hilas
AUTHOR
January 4, 2016 at 9:55 AM delete

malu keluarga dia..x leh slhkan ibubapa..sb budak2 zmn skrg mmg x mkn saman..org dh anak tahu lah mcm mn.org xde ank mmg x thu pape..xreti jaga perasaan org...adeh..

avatar
kisah earty
AUTHOR
January 4, 2016 at 10:09 AM delete

pasti ade hikmah disebalik ape yg terjadi.. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..semoga kite sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH... :)

avatar
husna zahidi
AUTHOR
January 4, 2016 at 10:19 AM delete

org malaysia kita mmg mcm nih, selagi tak habis selagi tu laa dok bahan..huhuhu..

avatar
January 4, 2016 at 11:22 AM delete

Kesian mak ayah dia. Malu satu malaysia.
Ambik pengajaran. Semoga kita sentiasa di lindungi dari kejadian yang tak diingini. Amin.

avatar
ros nordin
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:34 AM delete

Muhasabah ..tu je yang mampu.. sebab kita dalam masyarakat pun ada peranan. :(

avatar
January 4, 2016 at 7:23 PM delete

salam lysa cm mana akk nk design blog mcm lysa yg bahagian atas ada folow ig...add fb semua tu? 01132388919

avatar
najwa zahid
AUTHOR
January 4, 2016 at 8:01 PM delete

spatutnya tak perlulah di jdkan troll ke parodi bagai tu. kesian keluarga amirah tu.

avatar
EYJA MASLIZA
AUTHOR
January 5, 2016 at 1:01 AM delete

Takdenya salah mak bapak dia. Salah budak tu sendiri. Buat sangat perangai. Bila orang marah sentap, kata sebar aib. Dia yang bukak aib dia. Hish tak paham betullah budak-budak laa ni. Bijak sangat!

avatar
EYJA MASLIZA
AUTHOR
January 5, 2016 at 1:01 AM delete

Takdenya salah mak bapak dia. Salah budak tu sendiri. Buat sangat perangai. Bila orang marah sentap, kata sebar aib. Dia yang bukak aib dia. Hish tak paham betullah budak-budak laa ni. Bijak sangat!

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
January 5, 2016 at 1:57 AM delete

Macam2 berlaku..tak semena2 keluarga malu..bukan kecik kelaurga ..besar..entahlah..zaman sekarang..ada ja kan. Mohon kita dijauhkan..

avatar
Wanie Seuk
AUTHOR
January 8, 2016 at 1:09 AM delete

hyee kak. lme x lwat blog akak. nk promote kain songket. cube la tngk22 kjap http://wanieseuk.blogspot.com/2015/12/kain-songket-part2.html and http://wanieseuk.blogspot.com/2015/12/songket-part-1.html vv

avatar
January 10, 2016 at 2:06 PM delete

Sayu pula hati bila baca luahan family amirah..hati rakyat mungkim ramai yg sakit atas kes yg berlaku ni..tapi kita juga tak boleh nak menunding jari kepada ibu bapa amirah sahaja..yang menanggung lagi sakit..anggap apa yg berlaku ada hikmah di sebalik nya..dan kita sama2 berdoa agar amirah menyesali dan bertaubat dgn apa yg dia telah lakukan...

avatar

Google+ Followers