Majlis Perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin




Kuala Lumpur: Pelakon, Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 umum akan berkahwin pada 8 Februari ini dan menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.


"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam kepada Harian Metro.

Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.

Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka menerusi sidang media khas yang diadakan di hotel di ibu negara sebentar tadi.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.


Note : Untungnya Syatilla lahaiii .... Dapat kahwin dengan Sam >.< Jeles kiteeee :D 
Btw, umur baru 25 tahun ? Nampak matang sangatt .... Kenapa Lyssa yang umur 24 tahun, nampak macam budak-budak ? HAHA ! *larikkkk*


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Anonymous
AUTHOR
January 12, 2016 at 5:32 PM delete

org kampung akak rupanya....padang golf tu dekat dah dengan umah..kebetulan..memang balik sana raya cina ni...boleh la p

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 12, 2016 at 10:50 PM delete

hahahaha sempat lagi ye p/s tu hahahaha tung laa 24 nampak comel kak lyssa oi :p

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 13, 2016 at 12:46 PM delete

alhamdulillah...tahniah kepada mereka..suka tengok...betul la lyssa..sebenarnya akak ingat syatilla tu dah 30++..sebab memang matang...percakapan..perawakkannya pun nampak matang...

avatar
January 13, 2016 at 2:31 PM delete

haah.. nampak matang sangat dia...

avatar
Aisyah Ghazi
AUTHOR
January 13, 2016 at 5:13 PM delete

Tahniah lah buat mereka. Semoga bahagia dan kekal selamanya. Amin. Pengisian yg menarik sis. I like. thx ya for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

avatar
Unknown
AUTHOR
January 13, 2016 at 6:01 PM delete

Untung la badan kan.. dapat kawin dengan shaheizy sam... takpe.. kita yang x kawin dengan sam ni.. maintain cantik gojes..jom singgah untuk tips cantikkkk.... >>>Cantik dan slim dengan ayupureslim! <<<

avatar
syriacare
AUTHOR
January 15, 2016 at 7:13 AM delete

fuhh bayangkan kalau 25 juta tu dijadikan derma bekalan makanan untuk budak-budak syria kat Madaya...

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon