'Saya Dah Merajuk, Dah tawar Hati dengan Pasukan Selangor'



PETALING JAYA: Desas-desus yang mengatakan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd akan menaja pasukan bola sepak Selangor tidak menjadi kenyataan apabila pemilik syarikat kosmetik popular itu mengambil keputusan menarik diri.

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa, beliau sudah 'tawar hati' dengan 'lamaran' untuk menjadi penaja pasukan bergelar juara Piala Malaysia itu.

Enggan mendedahkan punca sebenar kerjasama tersebut gagal diteruskan, Aliff Syukri berkata niat baiknya untuk membantu melonjakkan prestasi pasukan kesayangannya itu dipandang remeh pihak terbabit.


"Saya dah merajuk, dah tawar hati dengan pasukan Selangor. Mungkin mereka sudah ada peruntukan lain yang lebih besar. Itu hak mereka untuk buat pilihan.

"Apa yang berlaku antara saya dan pasukan Selangor...biarlah rahsia. Tak perlu saya dedahkan. Kami tak ada jodoh, saya doakan pasukan Selangor berjaya untuk musim ini," katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Keputusan untuk membatalkan rancangan penajaan kepada pasukan The Red Giants itu dipercayai dibuat selepas usahawan kosmetik berkenaan mengadakan perbincangan kedua bersama Penolong Pengurus Selangor, Noor Hisham Mohd Ghouth.

Gambar pertemuan itu dimuat naik usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu di laman Facebook beliau sendiri pada Isnin.

Ditanya sama ada keputusan untuk menarik diri itu dibuat susulan kecaman pelbagai pihak termasuk penyokong pasukan merah kuning terhadapnya, Aliff Syukri bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa.

"Saya hanya nak bantu pasukan Selangor, tapi macam-macam tohmahan yang saya dapat. Niat baik saya disalah erti.

"Bukan saya minta, tapi mereka yang datang memberi tawaran kepada saya. Sebagai ahli perniagaan saya perlu fikirkan tentang pulangan yang bakal diperolehi," katanya dengan nada kecewa.

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan Aliff Syukri kerana beberapa syarat 'pelik' yang sukar ditunaikan.

Laporan yang memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Aliff Syukri nafi meletakkan syarat kontroversi untuk dipenuhi FAS antaranya mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau serta menggunakan nama jolokan ‘Terlajak Gol’ bagi menggantikan The Red Giant.


Sumber
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

2 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Anonymous
AUTHOR
January 20, 2016 at 12:29 PM delete

dah org tak sudi..tak payah kita terhegeh2 nak kan jugak ..

avatar
Nurul
AUTHOR
January 20, 2016 at 4:36 PM delete

takpelah Dato', small matter aje lah. Next!

Boleh ke beli Shaklee kat sini

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon